Suami kepada pelakon Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang atau lebih mesra dipanggil Opai didakwa telah menggunakan nombor pendaftaran palsu pada kereta mewah McLaren.
Pembongkaran itu dibuat menerusi sebuah akaun di Facebook bernama SCRUT yang mendapati nombor plat ‘QPA1’ itu bukan miliknya tetapi milik sebuah syarikat yang berpangkalan di Sarawak.
Memetik laporan Harian Metro, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur menggesa pemilik asal kereta mewah McLaren tampil membuat laporan mengenai perkara tersebut.
JPJ turut mengesahkan nombor plat yang dikatakan milik kenderaan buatan McLaren itu bukan nombor sebenar dan pemilik berdaftar pula orang berbeza.
“Adalah menjadi kesalahan untuk mempamerkan nombor pendaftaran yang bukan kepunyaan kenderaan berkenaan mengikut Seksyen 108(3)(F) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
“Orang Malaysia dah bosanlah dengan cerita Opai”
Tampil menjawab isu tersebut, Opai menerusi laman Instastorynya membidas laporan terbabit yang didakwa sengaja menggunakan namanya untuk menarik perhatian netizen untuk mengecamnya.
Katanya, nombor plat tersebut sudah lama dibuat sejak awal perkahwinannya bersama Fatin Afeefa dan mendakwa tidak menggunakan nombor plat tersebut di atas jalan raya.
“JPJ tak ada panggil pun, tak ada surat sampai, JPJ tak ada pun call. Tapi saya rasa kalau nak bagi penjelasan pun, ini penjelasan sayalah.
“Biasalah orang kahwin, pakai nombor plat fancy, nombor plat cantik, letak nama sendiri. So janganlah kata kononnya JPJ panggil apa semua. Di atas jalan raya tak pakai pun nombor plat tu.
“Saya rasa sudah-sudahlah. Orang Malaysia pun dah bosanlah dengan cerita Opai. Korang nak pakai nama saya pun sebab senang nak masuk FYP,” ujarnya yang dilihat sedang berada di sebuah hospital.
Terdahulu, Opai menerima kecaman hebat susulan didakwa menghina kenderaan bukan supercar pada sebuah acara pertunjukan kereta di Pavilion Kuala Lumpur.
Baca: “Gift tak sampai RM1,000 nak kita cakap thank you” – Netizen Tegur Suami Fatin Afeefa Jangan Riak