11.11 Mega Sale anjuran TikTok Shop, platform e-dagang berasaskan kandungan, telah menutup tirai dengan jayanya. Acara beli-belah dalam talian terbesar ini telah melakar kejayaan baharu dengan memacu kenaikan jualan lebih 4.5 kali ganda bagi penjual #JomLokal di seluruh Malaysia.
Menerusi acara ini, jenama kegemaran tempatan seperti Dapur Pak Amir, Shiffa Curry Powder, dan Empat Beranak masing-masing mencatatkan lonjakan pesanan berkali ganda.
Pengarah Kerjasama Strategik, TikTok Shop Malaysia, Nur Azre Abdul Aziz, berkongsi: “Kami melancarkan #JomLokal pada tahun lalu sebagai sebahagian daripada komitmen untuk memperkasakan Perusahaan Mikro, Kecil, dan Sederhana (PMKS) Malaysia untuk mencapai kejayaan di TikTok Shop dengan kerjasama agensi serta kementerian kerajaan utama.
Tambahnya lagi, pihaknya berbesar hati menyaksikan kemampuan jenama-jenama tempatan ini mencapai kenaikan jualan lebih 4.5 kali ganda pada 11.11 berbanding hari biasa, serta bagaimana pencipta konten tempatan Pinn Yang dan Khairul Aming memanfaatkan kuasa perdagangan sosial untuk menyokong PMKS tempatan menjana jualan sebanyak jutaan ringgit pada hari tersebut.”
Bekas jurutera yang kini bergelar usahawan dan pengasas Dapur Pak Amir, Amir Mohsin berkata: “Era baharu e-dagang telah tiba. Kebangkitan e-dagang sosial memberikan peluang unik kepada perniagaan dari semua saiz, walaupun sekecil mana, untuk berkembang. Sokongan berterusan TikTok Shop terhadap PMKS melalui #JomLokal sangat membantu perniagaan kecil sepertinya untuk memperluas kehadiran dalam talian mereka.
Dengan memanfaatkan pencipta konten dan kandungan, pesanan kami telah melonjak lebih 5 kali ganda pada jualan 11.11 berbanding hari biasa. Setinggi-tinggi penghargaan kepada TikTok Shop kerana merealisasikan impian keusahawanan saya, walaupun saya menghadapi cacat pertuturan akibat kemalangan enam tahun lalu.”
Menurut pengasas Shiffa Curry Powder, Nor Faridah Sariff pula: “Dari permulaan sederhana sehingga di peringkat ini, kami teruja menyaksikan bagaimana ‘Shoppertainment’ mampu mengangkat perniagaan kecil ke tahap baharu. Melalui #JomLokal, TikTok Shop menyediakan pelbagai sumber penting bagi memacu pertumbuhan dalam talian perniagaan kami serta memperluas capaian pelanggan.
Jualan 11.11 adalah satu pencapaian penting buat kami. Pesanan kami telah melonjak lebih daripada 5 kali ganda berbanding hari biasa, yang melebihi jangkaan kami. Kami amat bersyukur atas sokongan berterusan daripada TikTok Shop untuk membawa citarasa Pulau Pinang yang unik ke seluruh negara.”
Pasangan usahawan di sebalik Empat Beranak, Mohd Azri Aris dan Nina Nadia Sahim yang juga selaku ibu bapa berkata: “Aspirasi perniagaan kecil kami adalah untuk mencipta wangian yang mengimbau kenangan manis, dan TikTok Shop telah membantu kami berkongsi visi ini bersama pelanggan di seluruh negara.
Dengan sokongan #JomLokal yang komprehensif, kami telah mencapai kenaikan pesanan 3 kali ganda pada jualan 11.11 berbanding hari biasa. Kami berterima kasih kepada TikTok Shop kerana membantu mengubah minat kami kepada perusahaan yang berjaya. Semoga kisah kami dapat memberi inspirasi kepada usahawan tempatan lain.”
Menjelang jualan 12.12 yang bakal tiba, kami menggalakkan usahawan baharu, PMKS tempatan, dan jenama tempatan untuk mendaftar sebagai penjual di Pusat Penjual TikTok Shop (https://seller-my.tiktok.com/account/register) dan meneroka kursus tutorial yang sistematik di Akademi TikTok Shop (https://seller-my.tiktok.com/university/home).