in

Jom Tengok Outlet Terbaru Taco Bell Ni, Agak-Agak Dekat Mana? 

Taco Bell Outlet Baru

Tahun lepas kalau korang masih ingat, hampir setiap hari malah sejak dari awal lagi ura-ura pembukaan cawangan pertama Taco Bell di Malaysia di Cyberjaya telah membuatkan ramai teruja.

Mana taknya, dengan statusnya sebagai rangkaian restoran yang membawakan makanan ala Mexico yang sangat terkenal di luar negara, Taco Bell  mempunyai lebih daripada 7000 cawangan di seluruh dunia.

Kalau perhatikan gambar yang diambil semasa atau selepas pembukaan rasmi, memang sentiasa akan dipenuhi oleh orang ramai yang tak nak terlepas peluang untuk menikmati pelbagai makanan ala Mexico yang disediakan.

258870554 437486217751535 216965648132266022 n

Untuk korang yang pertama kali ke Taco Bell, pastinya agak ‘slow’ sikit untuk memahamkan apa jenis hidangan yang dipaparkan sebab menunya tak macam rangkaian fast-food lain yang ada di Malaysia.

“Ada Quesadilla, Grilled Stuft Burrito, Loaded Nachos dan macam-macam lagi menu yang best. Tak lupa jugak, menu khas untuk pasaran Malaysia sahaja iaitu Bell Rice™ Bowl”

Bell Rice

Kalau korang nak tahu, sekarang ni Taco Bell bakal ada 5 cawangan tau dengan pembukaan terbaru cawangan ke-5 Taco Bell di Wangsa Maju.

Dari segi rekaan, boleh dikatakan cawangan yang ini agak luas dan lebih selesa berbanding yang ada dekat Cyberjaya, Bandar Sri Permaisuri, Tropicana Garden Mall dan Setia Wangsa. Sama dengan outlet lain, ada beberapa ‘spot’ best dan instagramable jugak dekat sini. Ruang makan di tingkat satu cawangan Wangsa Maju ni pun memang luas jugak!

Jom kita tengok sikit apa yang menarik dekat outlet yang terbaru ni…

Image 1 Image 3 Image 2

 

Ha, min pulak jadi tak sabar bila tengok gambar outlet terbaru Taco Bell ni. Kalau korang nak ke sini, boleh waze je Taco Bell Wangsa Maju atau tengok alamat yang tepat dekat sini! Dan ia akan dibuka secara rasmi pada 2 Februari 2022!

Oh, sebelum min lupa, sempena Tahun Baharu Cina ni, Taco Bell ada nak bagi ‘angpow’ tau bermula dari 25 Januari sehingga 15 Februari 2022! Dalam angpow tu nanti, korang akan dapat baucer pembelian makanan, minuman atau lain-lain dengan harga RM0.88 sen sahaja!

Syaratnya, korang kena belanja RM 50 dan keatas di mana-mana cawangan Taco Bell!

image 1

Selain tu, korang semua berpeluang untuk menangi hadiah berbentuk dinner untuk 8 orang tau, try lah scan QR code dekat poster tu. Mana tahu korang ada ‘ong’ tahun ni.

Sumber: Taco Bell
Sumber: TacoBell
Sumber: Taco Bell
Sumber: Taco Bell
Sumber: Taco Bell
Sumber: Taco Bell