Orang Kelainan Upaya (OKU) seringkali dianggap sebagai golongan yang lemah tapi sebenarnya dorang ni pandai berdikari asalkan diberikan peluang dan kepercayaan untuk mencari rezeki sendiri.
Dorang pun sebenarnya pandai berniaga tau. Antara buktinya adalah dengan adanya kedai OKU Dobi yang telah tersenarai dalam top 10 kedai dobi di Kuala Lumpur dekat website Yelp.
Bukan seperti kedai dobi biasa, ianya diuruskan oleh pekerja-pekerja OKU. Namun, jangan risau sebab dorang ni sangat teliti dan dah berpengalaman menjalankan perkhidmatan ni. Kedai mereka yang terletak di Zon A, tingkat 2, tempat letak kereta Mid Valley sememangnya boleh bersaing dengan kedai dobi yang lain.
OKU Sdn Bhd ni ditubuhkan pada 26 Oktober 2010 dan beroperasi selepas mendapat kerjasama Kumpulan Ambank, WorldwidePreneur dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 9 malam, mereka menawarkan perkhidmatan yang sama dengan kedai dobi lain macam basuh dan gosok dengan tawaran harga yang berpatutan. Korang boleh check harga yang mereka tawarkan.
Menurut Free Malaysia Today pada tahun 2016, dorang pernah ditipu dengan pelanggan yang sengaja beri bayaran kurang daripada sepatutnya bila dapat tahu pekerja yang handle itu tidak pandai mengira. Tak baik tau, jangan buat macam ni!
Selain itu, kalau korang tak nak menggunakan perhidmatan dorang tapi ada niat nak membantu, korang boleh jugak bagi sumbangan ikhlas terus ke akaun bank dorang dan bukannya secara tunai.
So, kalau korang tinggal dekat area tu, bolehlah cuba perkhidmatan dobi ni. Kedai dorang pun senang je nak cari.
Lokasi: OKU Dobi, P2 Blok A, South Court, Mid Valley
Waktu Operasi: 8.30 pagi hingga 9 malam
Okay, jom support perniagaan ni! Dapat jugak kita membantu menjana pendapatan dorang.
Sumber: Facebook, Twitter, Free Malaysia Today
Baca: 9 Usahawan OKU Ini Boleh Dijadikan Inspirasi dan Sifu Dalam Dunia Perniagaan