in

“Jom lipat Bumi” – [VIDEO] Netizen ‘Cemburu’ Tengok Kemesraan Angeline Tan & Sabri Yunus Jawab Soalan

Sabri Yunus Angeline Tan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sedar tak sedar, rupanya sudah hampir setahun pasangan pelakon veteran Sabri Yunus, 63, dan Angeline Tan, 57, mendirikan rumah tangga.

Satu hantaran yang tular di TikTok telah mencuri perhatian ramai apabila pasangan yang terkenal dengan sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu ini mempamerkan kemesraan ketika menjawab beberapa soalan.


Menerusi video yang dimuat naik oleh sebuah stesen televisyen, Sabri dan Angeline berkongsi bahawa mereka saling tegur-menegur antara satu sama lain dalam setiap perihal.

Artikel berkaitan: “Banyak yang dia ajar” – Angeline Tan Dedah Peluk Islam Atas Bimbingan Sabri

Artikel berkaitan: “Apa kata kita kahwin?” – Angeline Tan Kongsi ‘Moment’ Sebelum Dilamar Sabri Yunus

Snapinsta.app 438733228 3523250341320964 772334101467195107 N 1080

Dalam video yang dikongsikan, pengarah dan penerbit itu sempat bergurau dengan isterinya. Jelas Sabri, dia akan mencari masa yang sesuai untuk menegur isterinya sekiranya melakukan kesilapan.

“Selalunya saya biarkan dulu… cari masa yang sesuai untuk saya bagi tahu,” ujar Sabri.

Dalam pada itu, Angeline juga mendedahkan bahawa segala teguran yang diberikan suami pasti diterima dengan baik kerana percaya setiap apa yang diperkatakan adalah bertujuan untuk memperbetulkan kesilapannya.

“Bila abang tegur, semua Angeline terima sebab dia adalah orang yang paling dekat dengan saya.

“Teguran dia untuk kebaikan saya dalam memperbetulkan kesalahan dan kelemahan saya,” katanya.

@tvalhijrah

AKAN DATANG DI TV ALHIJRAH! Tak kenal maka tak cinta. Tak begitu abang @sabriiyunus & kak @angeline_tan1 ? Nantikan program ANGELINE TANYA ABANG JAWAB akan menemui penonton bulan September ini di TV AlHijrah. sabriyunus angelinetan angelinetanyaabangjawab ATAJ tvalhijrah114 satukanummahdenganilmu jomtontontvalhijrah MalaysiaMadani PelanAlFalah alhijrahplus fyp foryoupage fypシ゚viral

♬ original sound – TVAlhijrah – TVAlhijrah

Netizen ‘cemburu’ dengan kemesraan Sabri Yunus & Angeline Tan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa tersentuh melihat kemesraan kedua-dua pasangan ini.

Ada juga yang berseloroh mengatakan mahu berpindah ke planet lain serta meminta mereka yang masih single untuk bertabah melihat pasangan suami isteri ini.

Screenshot 2024 09 03 170036

Sekadar info, Sabri dan Angeline telah mendirikan rumah tangga dalam sebuah majlis tertutup pada 14 Oktober tahun lalu.

Alahai… bersemut skrin min ni…

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.