Kerajaan Johor menjadi negeri pertama yang akan mewujudkan pusat pemulihan bagi menangani isu individu yang dianggap menyeleweng ajaran Islam serta mereka yang menjalinkan hubungan sejenis di negara ini.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata pusat itu bertujuan membantu komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan ia adalah yang pertama ditubuhkan di Malaysia.
Artikel berkaitan: “Trend sekarang” – Budak 11 Tahun Tulis LGBTQ+ Pada Lukisan, Guru Terkejut Bila Dengar Sebab
Artikel berkaitan: “Patik bangga jadi rakyat Johor” – Makcik Kemboja Sedih, Mohon Maaf Kepada TMJ
Tambahnya, kerajaan juga memperuntukkan sebanyak RM400,000 untuk menubuhkan pusat tersebut yang dijangka akan mula beroperasi pada Julai tahun depan.
“ Pusat pemulihan ini bukan sahaja diwujudkan bagi mereka yang terpesong akidahnya tetapi juga menempatkan golongan individu yang mengamalkan LGBT yang disabitkan kesalahan jenayah oleh Mahkamah Syariah, Enakmen 26-Musahaqah, supaya kembali ke fitrah asal dan bertaubat.
Kewujudan pusat pemulihan bagi golongan yang mengamalkan hubungan sesama jantina ini adalah pertama diwujudkan di negara kita.
Tujuan penubuhan pusat pemulihan ini bukan sahaja bagi membimbing dan memulihkan golongan yang ingin bertaubat malah sebagai platform memupuk kesedaran kembali ke jalan yang benar.
Ketika ini pusat pemulihan ini sedang dalam proses persiapan kemasukan harta modal di bahagian pejabat, asrama pelatih lelaki dan perempuan,” katanya.
Difahamkan, beliau berkata demikian ketika sesi soalan lisan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar semalam.
Sumber: Harian Metro