in

Johor Mohon Surau & Masjid Di Negeri Itu Tunai Solat Sunat Istisqa’, Mohon Hujan Redakan Kebakaran

7Solat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semua masjid dan surau di seluruh Johor diarahkan mengadakan solat sunat istisqa’ secara berjemaah selama tiga hari bermula Ahad ini sebagai usaha memohon hujan berikutan keadaan cuaca kering yang berlarutan.

Arahan itu dibuat susulan titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, agar solat berkenaan dilaksanakan selepas solat fardu Zohor dari 1 hingga 3 Februari di seluruh negeri.


Kerajaan negeri memaklumkan, pelaksanaan solat istisqa’ bertujuan memohon rahmat Allah SWT agar diturunkan hujan bagi menambah paras air di empangan serta pusat tadahan, sekali gus memastikan kelangsungan bekalan air bersih kepada rakyat Johor.

Usaha berkenaan juga diharap dapat membantu meredakan dan memadamkan kebakaran yang dilaporkan berlaku di beberapa kawasan sejak kebelakangan ini, khususnya melibatkan tanah gambut yang mudah terbakar ketika cuaca panas dan kering.

Screenshot 2026 02 01 At 12.12.03 Pm

Sebelum ini, kebakaran tanah gambut di Jalan Sungai Kapal dan Taman Bayu Damai, Pengerang yang bermula sejak 23 Januari lalu melibatkan hampir 100 hektar kawasan sebelum berjaya dipadamkan sepenuhnya pada Jumaat. Insiden itu turut menyebabkan 153 penduduk daripada 50 keluarga dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara.

Situasi sama berulang pada Sabtu apabila kira-kira 12 hektar hutan tanah gambut terbakar di Batu 13 Bukit Naning, berhampiran Ladang Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) Bukit Naning, Muar, sekali gus meningkatkan kebimbangan terhadap risiko kebakaran berulang di negeri berkenaan.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.