Pelawak Jocelyn Chia mengalu-alukan vokalis utama band British, The 1975, Matty Healy ke dalam senarai individu yang telah ‘kena cancel’ oleh masyarakat Malaysia.
Dalam perkongsiannya di Twitter, pelawak kontroversi yang menjadi pernah dikecam teruk berhubung lawak tidak sensitif mengenai penerbangan MH370 itu ada mempersoalkan mengapa Healy tidak ditangkap atau dijejaki Interpol.
“Selamat datang Matty Healy ke geng “kena cancel” oleh Malaysia lol.”
“Tetapi tunggu sebentar. Di manakah gesaan Interpol untuk menangkap dan mengesannya kerana telah melanggar undang-undang Malaysia semasa Di Malaysia? Adakah Malaysia sudah berlembut?”
Welcome Matty Healy to the gang of cool kids "canceled" by Malaysia lol
But wait a minute. Where are the calls for his arrest and Interpol to track him down for actually breaking Malaysian law while IN Malaysia? Has Malaysia gone soft? Or could it be.. Gasp.. No…what was it…
— Jocelyn Chia (@JocelynChia) July 22, 2023
Dalam pada itu, dia juga membuat satu andaian kononnya Malaysia mempunyai unsur diskriminasi.
“Atau mungkinkah… Oh Tidak…Adakah apa yang dikatakan oleh beberapa orang tentang mengapa saya menjadi sasaran itu betul? Sebab dia seorang lelaki kulit putih?!?! Nah, mana boleh. Malaysia tidak mungkin mempunyai double standard seperti itu sekarang bukan?”
Minggu lepas, The 1975 telah membuat persembahan di Good Vibes Festival (GVF) 2023 dan mencetuskan kontroversi.
Dalam persembahannya, Healy mengkritik undang-undang anti-LGBT di Malaysia sebelum mencium pemain bass kumpulan itu. Susulan insiden itu, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengarahkan pesta itu dibatalkan serta-merta.
Baca : Isu The 1975: Peguam Tawar Khidmat Sukarela Kepada Artis, Penganjur Yang Terkesan