Bau busuk yang dihidu jiran telah membongkarkan kematian dua beradik warga emas di dalam rumah di Taman Mewah, Kulai, Johor semalam.
Memetik laporan Malaysia Gazette, dua beradik warga emas itu ditemukan telah meninggal dunia di dalam rumah mereka setelah jiran mereka terhidu bau busuk dari rumah tersebut.
Jiran terbabit kemudiannya melaporkan tentang kejadian itu kepada polis dan pihak bomba turut dikejarkan ke lokasi rumah itu membuka kunci rumah terbabit kerana kedua-dua mangsa terkunci di dalam rumah tersebut.
Artikel berkaitan : Kes B*nuh Ibu Letak Dalam Peti Sejuk Beku, Suspek Didakwa Ingin Wanita Itu ‘Masuk Syurga’
Artikel berkaitan : Kes Warga Emas Dalam Peti Sejuk Beku: Kali Terakhir Jiran Tengok Mangsa Sebelum PKP
Sebelum itu, difahamkan, jiran mengatakan kedua-dua mangsa sudah beberapa hari tidak kelihatan.
Dua orang warga emas itu, seorang lelaki dan seorang perempuan masing-masing berumur 67 dan 65 tahun.
Mangsa disahkan telah meninggal dunia di situ oleh pegawai perubatan.
Difahamkan, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada kaitan dengan unsur jenayah setakat ini (ketika artikel ini ditulis).
Sumber: Malaysia Gazette