in

Jiran Tak Puas Hati Parking Diambil, ‘Block’ Kereta Sampai Jalan Jadi Satu ‘Lane’

Ft Berebut Parking

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bukan semua orang bertuah memiliki rukun tetangga yang baik, ada yang jenis bersikap pentingkan diri dan kejam sampaikan menindas jiran lain serta berperangai toksik.


JIka tinggal di rumah berstrata, akan wujud masalah bising dan memasak hingga ganggu jemuran orang lain tetapi bagi kehidupan di perumahan teres, masalah paling common adalah berebut parking macam kejadian yang tengah tular di media sosial ini.

Artikel berkaitan : Bengang Sering Diejek Mandul Siap Suruh Isteri Cari Suami Lain, Lelaki Ditahan Polis Bunuh Jiran

Artikel berkaitan : Bila Tak Ada Geng, Suami Layan Takraw Main Dengan Anak Jiran

Dalam video tersebut, difahamkan individu yang merakam video ini bengang dengan sikap jiran yang suruh alihkan keretanya kerana jiran tersebut dakwa tapak meletak kereta itu adalah milik mereka.

Kisahnya, lelaki ini parking kereta di tepi rumahnya di mana ia terletak di hadapan rumah si jiran, lelaki ini diminta untuk alihkan keretanya kerana jirannya mahu guna ruang parking tersebut dan mendakwa bahawa itu adalah milik mereka.

Dalam kekecohan itu, lelaki ini menjelaskan bahawa jirannya mendakwa yang mereka sudah tinggal di kawasan perumahan tersebut lebih lama berbanding mereka.

Tidak puas hati melihat parking itu diambil jiran, pihak sana didakwa telah mengeluarkan kereta dari dalam rumah dan meletakkan ia di hadapan kereta pemilik video dengan sengaja untuk ‘menyekat’ kereta tersebut.

Difahamkan, pihak polis sampai turun padang untuk menyelesaikan masalah itu tetapi keadaan masih serupa.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang bengang dengan mempertikaikan sikap kejiranan dan penghuni rumah yang suka renovate sampaikan makan ruang di hadapan rumah dan tiada tempat untuk parking kereta sendiri.

Screenshot 2024 07 03 121721 Screenshot 2024 07 03 122116 Screenshot 2024 07 03 122305

Kalau ikutkan memang kat situ tak ada milik sesiapa pun, kena give & take lah senang cerita.

Sumber : X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.