in

Jenazah Nur Farah Kartini Sudah Boleh Dituntut Keluarga, Wanita Dedah Kenapa Dikebumikan Di Pekan

Jenazah Farah Kartini Di Kg Nyiur Manis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jenazah bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, difahamkan akan diserahkan kepada keluarga hari ini.

Perkara ini sahkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan yang berkata, proses padanan asid deoksiribonukleik (DNA) yang dilakukan sebelum ini sepadan dengan Nur Farah Kartini.


Whatsapp Image 2024 07 17 At 1.01.52 Pm

Hasil DNA yang dipadankan adalah positif.

Saya sahkan bahawa jenazah akan diserahkan hari ini kepada keluarga,” katanya.

Susulan itu, difahamkan juga mangsa yang berasal daripada Miri, Sarawak itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nyiur Manis, Bentan, Pekan, Pahang dan perkara ini juga disahkan oleh abang mangsa, Mohd Farriza Azmi, sebentar tadi.

Artikel berkaitan: “Dunia ini tak layak untuknya” – Bekas Murid Pilu, Kongsi Mesej Nasihat Nur Farah Kartini

Artikel berkaitan: Polis Temui Telefon Bimbit Dipercayai Milik Nur Farah Kartini Dekat Tali Air

Kenapa kebumi di Pekan, Pahang? 

Persoalan yang berlegar dari semalam itu telah mendapat perhatian seorang wanita yang dikenali sebagai Kak Syie di TikTok yang mendedahkan beberapa sebab didakwa mengapa jenazah arwah bakal dikebumikan di sana.

Bercakap kepada Lobak Merah, wanita ini yang merupakan penduduk tempatan di kawasan berkenaan berkata, antara salah satu sebabnya adalah kerana keadaan jenazah yang seperti sedia maklum tidak sesuai diterbangkan ke Sarawak.

Selain itu, pihak keluarga juga ingin mempercepatkan urusan pengebumian jenazah dan Pekan merupakan tempat yang paling dekat selain ia juga dikatakan kampung kepada kakak ipar arwah.

@kaksyie.affiliate

Replying to @shabihah4 Sehingga sekarang…jam 7.18pm/ Rabu… belum ada maklumat jenazah telah selesai di unit forensik. Tidak tahu akan kebumi malam ni atau esok. Doakan dipermudahkan urusan semua family allahyarhamah dan jenazah akan selamat dikebumikan di Kg Nyiur Manis, Pekan…😢.

♬ Kamu Dan Kenangan – Shanna Shannon

Pekan ini antara tempat yang paling dekat untuk dikebumikan sebab kampung kakak ipar iaitu salah seorang abang Allahyarhamah berkahwin dengan orang Nyiur Manis, Pekan. 

“Jadi sama-samalah kita sedekahkan Al Fatihah untuk Allahyarhamah Nur Farah Kartini. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan dihimpunkan dengan orang-orang yang beramal soleh. Amin,” jelasnya.

Terdahulu, Mohd Farriza juga memaklumkan bahawa jenazah adiknya akan disolatkan di Masjid As-Syakirin, Kampung Tanjung Selangor sebelum dikebumikan di Pekan. Segala butiran lanjut juga akan dimaklumkannya nanti.

Turut juga kelihatan van jenazah daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang akan membawa jenazah arwah untuk dikebumikan.

Sama-samalah kita doa semoga urusan arwah dan keluarganya dipermudahkan. Al Fatihah. 

Sumber: TikTok Kak Syie, Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.