Kalau korang kaki tonton filem aksi atau crime kat wayang, mesti korang familiar dengan watak polis yang selalu jadi unsung hero dalam menyelamatkan negara daripada penjenayah yang bahaya. Tapi betul ke watak macam ni wujud dalam dunia realiti, tambah-tambah pulak kat Malaysia?
Untuk menjawab persoalan korang semua, ni kami perkenalkan DSP Kulasingam, anggota polis ‘badass’ yang membanteras jenayah dengan gayanya tersendiri. Kalah filem Hollywood hokayyy!
1. Siapa DSP Kulasingam?
Walaupun dia seorang anggota polis yang sangat dihormati, ramai generasi muda sekarang tak kenal dengan DSP Kula atau S. Kulasingam ni. Mula sertai PDRM pada 1951, Kula pada masa tu baru je berusia 19 tahun. Dia start tugasnya dalam bidang kepolisan ni sebagai Inspektor Percubaan yang mana lepas tu nama dia melonjak naik kerana Kula berjaya serlahkan bakat kepimpinan dan selesaikan macam-macam kes jenayah masa dia awal-awal jadi polis dulu.
Sejak daripada tu, DSP Kula dinaikkan pangkat jadi Assisten Supritendan pada 1957 dan menuju puncak kegemilangannya sebagai anggota polis bila dia dilantik jadi Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur dan lepas tu terus menjadi Ketua Siasatan Jenayah Johor. Wow bukan calang-calang!
2. Keberanian Kula tangkis jenayah
Ramai yang anggap DSP Kula ni macam legend lah dalam dunia kepolisan. Mana taknya, dia ni dah terlibat dalam macam-macam jenis kes. Dan kes tu semua melibatkan penjenayah yang dahsyat-dahsyat macam contoh Botak Chin dan Kepong Chai yang rogol perempuan lepas tu kelar muka dorang.
Tapi antara kejadian yang paling diingati oleh Kula dan kita orang anggap paling badass lah ialah masa cubaan membunuhnya oleh Botak Chin and the gang. Kejadian yang berlaku pada 22 November 1975 terjadi masa DSP Kula sedang memandu dan berhenti di persimpangan traffic light dekat Jalan Davis-Jalan Pekeliling di ibu kota.
Berjaya selamatkan diri walaupun terkena tembakan
Tetiba Botak Chin dan konco-konconya serang hendap DSP Kula dan melepaskan 11 tembakan dari jarak dekat ke pegawai polis tu. Seperti polis hebat dalam filem Hollywood, DSP Kula berjaya menyelamatkan diri namun salah satu peluru daripada tembakan tu terkena rusuk kanannya yang sekaligus mengoyakkan bahagian hati dan tembus ke paru-paru. Aduhai!
Dalam keadaan cedera parah, DSP Kula terus memandu ke Balai Polis Cheras untuk minta bantuan. Bila ditanya apa yang dia alami masa kejadian tu berlaku, DSP Kula menjawab:
“Saya menghadapi kesukaran bernafas berikutan kecederaan itu namun berjaya memandu ke Balai Polis Cheras. Serangan berkenaan dan peluru yang terkena dada dan organ dalaman mungkin membunuh saya ketika itu namun saya rasa masa saya belum tiba.”
Fuh jangan main-man dengan DSP Kula!
3. Lepas sembuh kena tembak lagi?
Lepas dari kejadian tu, DSP Kula tak mengalah dan kembali bertugas after tiga bulan sembuh daripada kecederaan. Tapi tak sampai lima bulan, DSP Kula kena tembak lagi! Weh serius bahaya tugas polis macam ni!
Kali ni melibatkan sekumpulan anggota polis yang pergi serbu tempat persembunyian perompak yang baru je merompak kat Petaling Jaya. Dalam kejadian tu, DSP Kula kena tembak kat perut, tapi berbaloilah jugak serbuan tu sebab polis berjaya tangkap perompak dan barang rompakan pun dapat ditemui.
Tak cukup dengan kejadian ni, DSP Kula jugak pernah disimbah asid hingga sebabkan dia alami cedera parah kat bahagian dada dan kaki. Dan dia jugak hampir ditimpa pokok tumbang yang menyebabkan pembantunya terbunuh. Bagai tak henti-henti didatangi perkara buruk, DSP Kula pernah hampir ditetak oleh lelaki mengamuk dan hampir kena tembak sampai sebabkan rakan sepasukan terbunuh masa operasi di Sarawak. Fuhhh, hidup dia penuh dengan bahaya!
4. Tumpaskan Botak Chin
Kes yang betul-betul menaikkan nama DSP Kula ialah kes Botak Chin sebenarnya. Disebabkan Botak Chin sangat susah nak ditangkap dan dia dah buat satu rompakan terbesar yang melibatkan rampasan RM218,000 selepas tembak pengawal keselamatan yang bawak wang ke Kelab Lumba Kuda, pihak polis akhirnya buat satu rancangan.
Sebuah kumpulan pegawai dan anggota polis terbaik dah ditubuhkan oleh PDRM untuk buru the legendary Botak Chin. And guess what? DSP Kula antara yang terlibat dalam operasi ‘The Magnificent 12’ ini. Dalam tempoh dua minggu pasukan ni ditubuhkan, dorang dah berjaya kesan di mana tempat Botak Chin dan konco-konconya bersembunyi.
Pada 16 Februari 1975, Botak Chin akhirnya berjaya diberkas bersama dua lagi pengikutnya yang cedera parah di kilang papan Eng Leong Swmill di Batu 3, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Pun begitu, DSP Kula yang cedera parah selepas ditembak kat persimpangan traffic light lepas tak dapat sertai operasi akhir ni. Namun jasanya dalam menangkap Botak Chin sehingga bermati-matian dengan rakan sepasukan lain amat dikenang sampai sekarang.
5. ‘Saya berkahwin dengan kerjaya saya’
Kerana dedikasi dan keberaniannya perangi jenayah, DSP Kula dianugerahkan Pingat Gagah Berani (PGB) dan Ahli Mangku Negara (AMN) untuk menghargai jasanya. 10 tahun selepas kes Botak Chin berjaya diselesaikan, DSP Kula akhirnya bersara. Tapi apa yang lebih menyedihkan, DSP Kula pilih untuk hidup sendiri di apartmen dua tingkat kat Johor Bahru dan tidak pernah berkahwin dengan mana-mana gadis.
Bila ditanya kenapa dia tak mau berkahwin, DSP Kula menjawab,
“Bidang kerja yang merbahaya seperti ini memerlukan sedikit pengorbanan.”
Bagi DSP Kula, tugas polis memburu jenayah ni sangat bahaya dan dia bimbang kalaulah dah berkahwin nanti keluarga dia pulak akan dapat ancaman daripada penjenayah yang berdendam dengan dia. Sedihnya…
Kesihatan DSP Kula mula merosot bila dia dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru selepas tulang pinggulnya retak akibat jatuh dalam toilet. Sejurus lepas tu, S. Kulasingam menghembuskan nafas terakhirnya pada 29 November 2007 akibat sakit paru-paru berair ketika berusia 77 tahun.
Salute lah dengan pegawai polis macam DSP Kula ni! Semangatnya dalam berkorban jiwa dan raga untuk negara harus dijadikan contoh untuk semua.
Baca: Jenayah: Pembunuhan Tragis Kevin Morais, Mayat Dijumpai Dalam Tong Dram Tahun 2015