Caviar adalah sebuah jenama mewah Rusia yang mengeluarkan peranti edisi khas buat penggemar barangan premium. Meskipun peranti yang dikeluarkan dijual dengan harga yang agak mahal, Caviar mempunyai pelanggan mereka yang tersendiri.
Sebelum ini, kami pernah berkongsikan berkenaan iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max edisi khas tanpa kamera yang dikeluarkan oleh Caviar (Baca di sini).
Kini, Caviar mengeluarkan lagi iPhone 12 dan iPhone 12 Pro Max edisi khas dengan pelbagai rekaan. Salah satunya adalah rekaan tempat suci Mekah dan Madinah. Rekaan ini dilihat sedikit kontroversi memandangkan kedua-dua rekaan ini menggunakan tempat suci umat Islam.
Untuk edisi Mekah, Caviar menawarkan ciri balutan emas pada rekaan bangunan Masjid al-Haram dan bahan titanium sebagai bahan tambahan kepada badan iPhone 12 Pro. Rekaan Kaabah juga diletak pada badan belakang telefon. Harga yang ditawarkan bermula daripada RM32,000 sehingga RM37,000.
Manakala untuk edisi Madinah pula, badan belakang telefon dihiasi dengan rekaan Masjid Nabawi dan tulisan Arab yang dibaluti dengan bahan emas. Harga yang ditawarkan bermula daripada RM28,000 sehingga RM33,000.
Buat anda yang mahukan rekaan lain, Caviar turut menawarkan rekaan bertemakan angkasa lepas seperti bulan dan planet Merkuri. Jika anda berminat dengan rekaan edisi khas Caviar, jenama ini menawarkan penghantaran percuma!
BACA: “Khas buat si paranoid” – Jenama Mewah Rusia Tawar iPhone 12 Pro Tanpa Kamera Dengan Harga RM22,400