in

Jemaah Hairan Imam ‘Mendiam’, Rupanya Rebah Meninggal Dunia Ketika Sujud Solat Subuh

imam 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kerap kali kita dengar berita tentang kematian beberapa umat Islam yang dikira beruntung kerana meninggal dunia dengan cara yang baik seperti ketika sedang solat. Namun, tak semua umat Islam terpilih untuk merasai pengakhiran hidup seperti itu.

Semalam, tular di media sosial video rakaman litar tertutup memaparkan situasi seorang imam masjid meninggal dunia ketika solat subuh di Masjid Jami Al Ula, Kampung Baru, Balikpapan, Kalimantan Timur, Indonesia.


Meninggal dunia ketika sujud pertama solat subuh

Dalam video itu, seorang imam pada awalnya sedang memimpin solat subuh berjemaah namun ketika sujud pertama, dia tidak bangun untuk tahiyat awal. Dua orang jemaah di belakangnya berasa hairan lalu ‘mengintai’ sebentar keadaan imam tersebut.

Artikel berkaitan: Pernah Tular Bekas Maknyah Kini Berubah, Cikgu Ery Meninggal Dunia Akibat Sakit Jantung

Artikel berkaitan: Pernah Viral Kahwin Beza Usia 55 Tahun, Pemuda Nikahi Nenek Sayu Isteri Meninggal Dunia

Tidak lama kemudian, imam tersebut rebah di atas sejadah dan salah seorang daripada jemaah tadi terus mengambil alih menjadi imam solat subuh tersebut.

“Arwah selalu jadi imam solat 5 waktu”

Menurut ahli masjid, H Aswad berkata, imam tersebut bernama Andi Syamsul Bahri yang juga pemilik sebuah premis Farmasi Arif Rahman di Balikpapan Barat. Jelas H Aswad juga, arwah selalu menjadi salah satu imam solat sunat rawatib dan solat lima waktu di masjid itu.

Beliau memang imam solat sunat rawatib dan menjadi salah satu imam cadangan di Masjid Al-Ula.

Menurut salah seorang yang mengenali arwah, dia menyifatkan arwah seorang yang baik dan mempunyai anak yang menghafaz Al-Quran

Sesungguhnya dia seorang yang baik, anak-anaknya juga telah hafal al-Quran, semoga Allah menerima amalnya dan dimasukkan ke dalam syurga.

Moga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Sumber: Detiksulsel, Kosmo!, X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.