Nama bekas pelakon dan model, Zahnita Wilson masih menjadi bualan ramai susulan kes rumah tangganya.
Pelakon Gila-gila Pengantin Remaja itu sebelum ini mengejutkan ramai apabila berkongsi dua foto di Instagram yang menunjukkan matanya yang lebam.
Artikel berkaitan: Abdul Zackery Dakwa Isteri Bohong, Tunjuk Perbualan Zahnita Minta Resepi Pai Daripada Ibu Mentua
Artikel berkaitan: Terkilan Zahnita Didakwa Cakap Tidak Benar, Pai Jualan Sebenarnya Resepi Ibu Mentua?
Rentetan itu, Zahnita dilapor berkata, sepanjang berumah tangga bersama Abdul Zackery Ghouse hidupnya umpama hamba sehingga tertanya mengapa diperlakukan sedemikian oleh suami sendiri.
Terbaru, sebuah klinik pergigian memuat naik video memaparkan Zahnita diberikan rawatan pemutihan gigi, dia kemudiannya menangis terharu selepas selesai rawatan itu.
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian yang dibuat di Instagram (IG), akaun rasmi klinik gigi tersebut memaklumkan mereka berbangga kerana berpeluang untuk memberikan semula senyuman kepada Zahnita melalui beberapa rawatan yang telah dilakukan.
Di ruangan komen, ramai yang merasakan Zahnita terharu kerana sudah lama tidak menjaga penampilan dirinya malah ada yang mengatakan dapat dilihat mental ibu kepada empat anak itu berada dalam keadaan terseksa.
Harap Zahnita terus kuat…
Sumber: Instagram