in

JDT Kecewa Keputusan Selangor FC, Harap Pertimbang Semula Isu Tidak Hadir

Jdt Kecewa Selangor Fc

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malam tadi, kelab Liga Super Selangor FC (SFC) mengumumkan untuk tidak hadir ke perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada 10 Mei ini.

Keputusan itu dibuat bagi menjamin keselamatan pemain selepas bintang utamanya, Faisal Halim menjadi mangsa serangan simbahan asid, baru-baru ini.


Namun, JDT yang mengambil maklum dengan perkara itu menyatakan kecewa dengan keputusan SFC.

Artikel berkaitan: Pemerhati Bola Sepak Anggap Insiden Tak Jejas Imej Liga Malaysia Dikecam Peminat

Menurut kenyataan rasmi, JDT berharap SFC mempertimbangkan semula keputusan itu kerana Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Johor memberi jaminan keselamatan pasukan, pemain dan penyokong serta akan menggandakan kehadiran dengan 1,500 anggota.

Jdt Sepanyol E1710414924225

“Kami sememangnya mengutuk keras insiden yang melibatkan Faisal Halim dan juga ancaman yang diterima oleh beberapa individu di Selangor FC.

“Tetapi kami berharap agar Selangor FC dapat mempertimbangkan semula keputusan untuk tidak hadir dari perlawanan ini.

“Kerana ia boleh menetapkan ‘precedent’ untuk mana-mana pasukan menarik diri kerana berasakan tidak selamat meskipun mendapat jaminan daripada Polis DiRaja Malaysia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Alistair Edwards.

Dalam kenyataan itu, beliau turut berkongsi pengalaman pasukan JDT yang pernah diserang dalam keadaan yang ‘hostile’ di Pahang, Perak dan Kelantan sebelum ini, tetapi masih turun bermain.

“Tetapi kami masih ke gelanggang lawan dan bermain dalam perlawanan yang dikawal ketat pihak polis.”

Dalam masa sama, beliau menegaskan, tiga kejadian yang menimpa Akhyar Rashid, Faisal Halim dan Safiq Rahim adalah membimbangkan.

Justeru, beliau menyeru agar meletakkan kepercayaan kepada pihak berkuasa bukan hanya untuk menyiasat kes-kes ini tetapi juga untuk menjaga keselamatan dan memastikan musim bola sepak 2024-25 berjalan lancar.

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.