in

JAWI Diarah Siasat Kes Jenazah Wanita Didakwa Ditahan Di Surau Hampir 24 Jam

Syaz Ft 2024 12 18T125155.857

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKVJ) yang dikenali sebagai Mr Wan Cai memuat naik satu kes di Facebook miliknya yang mendakwa jenazah seorang wanita ditahan di sebuah surau dekat Kuala Lumpur.

Dalam hantaran itu, Wan Cai mendakwa terdapat kartel pengurusan jenazah yang mengenakan caj RM 2200 kepada waris untuk urusan pengebumian, disebabkan gagal berbuat demikian, jenazah itu ditahan di surau tersebut.


Artikel berkaitan: Kes Jenazah Bayi Dibekukan : MAIS & LZS Maklum Tidak Terima Sebarang Aduan Rasmi

Artikel berkaitan: Kes Jenazah Bayi Dibekukan 2 Minggu, Kerajaan Selangor Kecam Tindakan Hospital Swasta

Perkara serius itu kemudiannya diketengahkan oleh Wan Cai kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dato’ Setia Dr. Naim dan pihak kementerian itu telah pun mengambil tindakan berkenaan kes itu.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengambil perhatian dengan aduan awam daripada akaun media sosial berkaitan isu pengurusan jenazah di salah sebuah surau di Kuala Lumpur.

Pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah diarah untuk membuat siasatan serta mengambil tindakan dengan segera,” tulis kenyataan itu.

Dalam pada itu, dalam hantaran Wan Cai itu difahamkan pihak surau berkenaan ada mengeluarkan kenyataan menafikan pihaknya terlibat dalam manipulasi atau mengenakan caj tinggi terhadap pengurusan jenazah.

Pihak surau juga bersedia bekerjasama dengan pihak JAWI bagi memastikan isu ini disiasat secara telus.

Sumber: Facebook (1)(2)

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.