in

“Jauh lagi nak endemik” – Ramai Keliru Sangka 1 April Masuk Fasa Endemik, Ini Penjelasan KJ

KJ belum endemik lagi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita semua sedia maklum, pada 1 April 2022 iaitu hari ini, negara kita telah memasuki Fasa Peralihan Endemik yang mana kebanyakan SOP telah dilonggarkan.

Keputusan ini telah dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk penilaian risiko, mendapat pandangan Kementerian Kesihatan (KKM) serta disyorkan oleh 4 menteri kanan.


FW1073805 KL08 18082020 PC lpr

Fasa ini juga dikatakan sebagai ‘exit strategy’ untuk membolehkan rakyat kita kembali kepada kehidupan normal lepas 2 tahun kita menghadapi pandemik COVID 19, lapor Astro AWANI.

 

“Tidak, kita jauh lagi dari endemik” 

Di saat ramai yang bersyukur apabila SOP seperti solat berjemaah yang kini dibenarkan rapatkan saf dan pembukaan sempadan jalan darat Singapura-Malaysia tengah malam semalam, ramai pula yang terkejut dan keliru dengan tweet dari Menteri Kesihatan kita ini.

Menurut Khairy menerusi tweetnya pagi ini, ramai yang salah faham dan menganggap negara kita kini di dalam fasa endemik. Negara kita juga menurutnya, jauh lagi dari mendekati fasa tersebut.

Ini adalah fasa (mungkin perlahan) peralihan ke endemik. Endemik ialah keadaan di mana penyakit tidak lagi berjangkit secara meluas tanpa langkah kesihatan awam (seperti pemakaian mask). 

“Kita jauh lagi dari endemik,” katanya.

 

“Kalau bukan endemik nak panggil apa” 

Tweet yang dimuat naik Khairy walau bagaimanapun menimbulkan rasa kurang senang netizen sehingga ada yang kurang faham di fasa mana kita berada sekarang.

Pun begitu, seorang netizen menjelaskan bahawa terang lagi bersuluh kita sekarang berada di dalam ‘Fasa Peralihan ke Endemik’ seperti yang dinyatakan perdana menteri sebelum ini dan belum lagi memasuki Fasa Endemik yang seperti ramai sangka.

peralihan endemik

Apa-apapun syukurlah banyak SOP dah dilonggarkan. Tak macam dulu, ingat tak lagi masa nak keluar rumah pun hanya boleh seorang wakil je nak beli barang dapur? 

Baca: “Nak nangis” – [VIDEO] Ramai Sebak Lihat Rakyat Malaysia ‘Cross Border’ Lepas 2 Tahun di Singapura

selamat pulang warga malaysia dari singapura

Sumber: MalayMail
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.