Korang pernah tak ada pengalaman apabila sudah check-in dan duduk dalam flight, tetiba staf pesawat minta korang keluar atau dalam kata kasarnya, halau korang keluar dari flight?
Takdeee kan? Tapi macam mana kalau perkara ni terjadi kepada korang? Mesti rasa terkejut, marah dan membuang masa! Berikut perkongsian dari netizen bernama Hanif di Facebook atas apa yang menimpanya baru-baru ini.
“Flight tukar last minit sebab rosak. So dekat sini aku macam tak berapa nak puas hati sikit”
Menurut Hanif, pesawat dari syarikat penerbangan terkenal ni tiba-tiba buat kejutan apabila dia dan 6 passenger lain terpaksa dikeluarkan dari flight gara-gara pesawat tersebut dikatakan ‘overbooked’.
Pelik kan? Menurut pihak syarikat penerbangan, flight terpaksa ditukar last minute sebab alami kerosakan. Tapi yang peliknya, kenapa gantikan dengan aircraft 196 seater sedangkan ada 192 penumpang bagi penerbangan tersebut? Emm patutlah Hanif tak puas hati.
“Paling tak boleh ganti ayaq muka cheq kena halau keluaq flight sambil kontrol dan senyum acah-acah cool”
Meskipun pihak syarikat penerbangan tersebut beri tiket baru dan voucher makan RM20, rasa malu dan masa yang terbuang akibat insiden tu sudah pastinya tak dapat diganti semula.
Bagi admin, adalah lebih baik kalau pihak syarikat penerbangan tersebut cari solusi tambahan selain dari ganti flight baru dan beri voucher makan. Admin rasa penumpang nak juga diberi penjelasan kenapa mereka dikeluarkan dari flight tu kan? Komunikasi tu penting tambah-tambah dengan pelanggan tau.
So apa pandangan mengenai isu ni? Pernah alami situasi yang sama? Kongsikan dengan kami di ruang komen okay!