Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah mengeluarkan amaran ribut tropika sebentar tadi selepas mengesan satu sistem cuaca aktif berhampiran perairan negara.
Dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasminya, MET Malaysia memaklumkan Ribut Tropika (Senyar) telah dikesan pada kedudukan Latitud 3.6° Utara dan Longitud 99.9° Timur, dan dijangka bergerak ke arah Timur Tenggara dengan kelajuan sekitar 24 kilometer sejam (km/j).
Keadaan ini menurutnya, berpotensi menyebabkan hujan lebat berterusan, angin kencang serta laut bergelora di Semenanjung Malaysia, khususnya negeri-negeri barat dan tengah Semenanjung mulai 27 November 2025.
Antara negeri-negeri yang terkesan dengan amaran ini termasuklah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor berkuat kuasa dari 27 hingga 29 November.
Artikel berkaitan: Asia Tenggara Dilanda Gelombang Banjir Dahsyat, Selain Malaysia, Thailand, Indonesia & Vietnam Antara Teruk Terkesan
Artikel berkaitan: Jangan Ambil Remeh, Ini 5 Penyakit Bawaan Air Ketika Musim Banjir
Ribut tropika jarang berlaku di Selat Melaka
Menurut NST, kejadian ribut tropika ini adalah antara kejadian pertama seumpamanya yang pernah direkodkan di Selat Melaka.
Pengarah MET Malaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, sebelum ini sistem cuaca paling lemah pernah berlaku di Selat Melaka hanyalah tropical depression dengan fenomena terakhir berlaku pada 2017 dan memberi kesan di Pulau Pinang.

Namun untuk sistem ini mencapai tahap ribut tropika, yang sebagai mana dilihat sedang mendekati Sumatera, ia adalah yang pertama,” katanya.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan membuat persediaan menghadapi episod hujan lebat, selain sentiasa mengikuti perkembangan terkini melalui laman web www.met.gov.my, atau aplikasi myCuaca, media sosial rasmi dan talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638.
Sumber: Utusan Malaysia, NST, RTM, Met Malaysia
