in

“Janganlah depan budak…” – Anak Didera Pengasuh, Ibu Bapa ‘Bantai’ Balik Tapi Ada Netizen Tak Setuju?

Ibu Bapa Pukul Pengasuh

Sejak beberapa hari lalu, sebuah video yang memaparkan seorang kanak-kanak didera ketika di Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) telah tular di media sosial.

Kejadian yang dipercayai berlaku di Penampang, Sabah itu sudah pastinya menimbulkan kemarahan netizen terutama sekali mereka yang bergelar ibu bapa.

Terbaru, tular satu lagi video yang memaparkan pasangan suami isteri naik berang dan bertindak memukul individu yang dipercayai pengasuh di sebuah taska kerana dia didakwa telah mendera anak pasangan tersebut.

Cats 29

Dalam video itu, kelihatan lelaki tersebut memarahi wanita yang dipercayai pengasuh di situ sebelum bertindak memegang leher lalu menampar dan memukul kepalanya berkali-kali.

Seorang lagi individu datang cuba untuk menenangkan keadaan namun dia juga turut ditampar oleh lelaki tersebut.

Lelaki itu kemudiannya berhenti memukul wanita tersebut selepas ditahan oleh isterinya.

Namun, dalam satu lagi video yang berasingan, kelihatan isteri kepada lelaki tersebut pula cuba berbual dengan pengasuh itu tadi dan ia tidak berakhir dengan baik apabila wanita itu turut memukul pengasuh itu bertubi-tubi.

Cats2

Selepas memukul pengasuh itu, wanita tersebut dilihat menyambung memarahi pengasuh berkenaan.

“Jangan bergaduh depan anak” 

Walaupun ramai yang seakan puas hati melihat video berkenaan namun ada juga yang berpendapat perkara itu tidak sepatutnya dilakukan, memandangkan anak kecil mereka ada di situ.

Ramai yang berpendapat perkara itu terlalu kasar dan berkemungkinan boleh membuatkan anak itu trauma.

Cats 30

Cats 31

Harap isu ini diselesaikan dengan cara yang betul lah…

Baca: Tular Video Kanak-kanak Didera Di Taska, Ibu Meraung Tengok CCTV Anak Dipukul

Dera Di Taska Kk

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter