Siapa tak kenal Jamal Yunos atau lebih mesra dipanggil Jamal Jamban ni? Dulu dia sangat popular dengan stunt politik macam bertuala dan pecah botol arak depan SUK Selangor. Tup-tup lepas Pakatan Harapan (PH) menang PRU14, terus dia diam entah ke mana.
Namun baru-baru ni agak kecoh jugak bila Jamal yang sepatutnya hadir di balai polis menghilangkan diri dan muncul dengan satu video yang berlatarkan ladang kelapa sawit, lapor Malaysiakini. Jamal di dalam video berdurasi 7 minit itu menjelaskan bahawa dia bimbang kalau kena tangkap sebaik saja hadir untuk beri keterangan.
“Saya bukannya menolak pelaksanaan undang-undang terhadap saya tetapi apabila yang berlaku terhadap saya ini (sehingga) dengan nama saya disenaraihitamkan dan (saya) diletak dalam langkah keselamatan khas oleh PDRM (saya jadi bimbang).
“Dan selepas SPRM menyerbu kediaman saya, pejabat, dan beberapa tempat lain, saya bimbang daripada semalam hinggalah malam tadi rumah saya diserbu oleh polis, (selain) kediaman ibu saya, rakan-rakan saya.
“Ini yang membimbangkan saya untuk hadir hari ini ke IPD Ampang walaupun saya telah berjanji semalam (untuk datang),” katanya.
Selain itu, Jamal jugak mohon perlindungan daripada Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk beri dia jaminan tak diapa-apakan kalau dia hadir ke balai untuk beri kerjasama kepada pihak berkuasa. Alahai… macam mana ni Jamal? Kata hari tu tak gentar dengan apa-apa pun.
Saya mohon Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberikan jaminan kepada saya seorang pemimpin politik, pemimpin aktivis supaya tidak dizalimi, tidak dianiaya,” rayu Jamal.
Jamal jugak menambah, dia tak mahu apa yang berlaku kepada Datuk Seri Anwar dan rakan-rakannya dulu semasa pemerintahan Tun M sebagai PM ke-4, terjadi ke atas dirinya pulak.
“Saya bukannya penjenayah tetapi saya diperlakukan seperti penjenayah dan pengganas sekarang ini,” katanya.
Jamal Yunos telah didakwa bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan kerana mengetuai bantahan anjuran ‘Better Beer Festival 2007’ di pejabat kerajaan Selangor 5 Oktober lepas. Selain itu, dia jugak disiasat mengikut Seksyen 34, Akta Senjata Api 1960 atas dakwaan pamer senjata api di khalayak ramai.
Sudah-sudahlah sorok kat ladang kelapa sawit tu. Tak ada siapa nak zalimi awak, Jamal. Jangan menyusahkan pihak berkuasa. Tambah-tambah bulan puasa ni.
Baca: Jamal Yunos Larikan Diri Dari Tahanan Polis