in

“Jangan tunjuk samseng, ini Sabah!” – [VIDEO] Viral Papagomo Kena Serang Semasa Berada Di Airport Sabah

Featured Image Papagomo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila benda yang melibatkan dengan parti politik ni, macam-macam perkara yang tidak terduga boleh berlaku.

Baru-baru ni, tular di laman Facebook mengenai EXCO Pemuda UMNO Malaysia, yang lebih dikenali sebagai Sir Azri atau Papagomo telah diserang semasa dia berada di lapangan terbang Kota Kinabalu, Sabah.


https://www.facebook.com/KLPT2/posts/2535297070130192

Dalam video berdurasi 5 minit lebih itu, Papagomo yang sedang memakai baju BN kelihatan sedang dikerumun oleh sekumpulan lelaki yang dipercayai penyokong parti politik yang lain.

“Mereka yang pukul Saya di airport KK tadi penyokong Shafie Apdal. Mereka bukan anak anak Sabah. Anak Anak Sabah tak buat macam tu.

“Mereka masuk dalam airport beramai ramai dan serang Saya. Bukan diluar tetapi dalam airport. Budaya ini bukan budaya orang Sabah.” Katanya

Namun begitu, selepas dia beredar daripada tempat berkenaan, Papagomo segera ke balai polis bagi membuat laporan mengenai kejadian yang menimpanya.

Gomo4
Sumber: instagram

Bukan itu sahaja, Papagomo turut menceritakan kejadian sebenar yang berlaku sepanjang rusuhan kecil terhadapnya semasa di lapangan terbang tersebut.

Sebenarnya video ni selepas Aku bangun. Sebelum nya Aku dah terbaring disepak oleh samseng Shafie Apdal. Selepas Aku disepak tu lah Aku bangkit dan melawan.”

https://www.instagram.com/tv/B7hrX27HGtH/?utm_source=ig_web_copy_link

Alamak, semoga perkara ini cepat beransur pulih dan tak nak lah gaduh-gaduh. Kita kan rakyat Malaysia yang berbudi bahasa.

 

Baca: “Kenapa pondan pakai tudung?” – Papagomo Persoal Mufti Tak Tegur Sajat

Cvbn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.