Tak dinafikan, orang Malaysia ini memang suka buang sampah merata-rata, campak puntung rokok atas lantai sesuka hati tapi bukan semua. Ada sahaja yang peka menjaga kebersihan alam sekitar.
Malah ramai juga yang suka menyebarkan berita tanpa asal usul periksa. Baru-baru ini viral di Twitter apabila ada pihak mendakwa bahawa sekumpulan warga Jepun mengutip puntung rokok di atas padang kerana sikap orang Malaysia dalam satu majlis sukan ini.
Sudah semestinya, bermacam-macam tohmahan diberikan kepada rakyat Malaysia dan serba sedikit pada pihak penganjur, tapi ini cerita sebenarnya.
Nak join tournament rugby ke nak bersihkan negara orang
https://twitter.com/ali70asyraf/status/1101794861311700993
Kita sedia maklum bahawa budaya orang Jepun ini mengamalkan konsep clean as you go. Sebelum beredar daripada sesuatu tempat, mereka kena kemaskan dulu, mereka peka dengan alam sekitar
Mungkin budaya itu sudah termaktub dalam diri mereka, ia terbawa-bawa ke semua tempat termasuklah di Malaysia sehingga ada orang merakam sikap murni mereka ini bantu membersihkan lokasi tersebut.
Tapi ia disalah anggap apabila ada pihak menyebarkannya di Twitter. Individu yang terlibat dalam majlis ini tampil menceritakan keadaan sebenar. Ohh.. Memang diaorang ada kutip, tapi bukan puntung rokok, sampah sarap pun sama.
Jangan tokok tambah cerita bila kita tak tahu

Kesan penularan video berdurasi 24 saat di Malay College Kuala Kangsar (MCKK), Perak ini telah mengundang pelbagai tohmahan daripada netizen Malaysia sendiri.
Namun begitu, info perkongsian yang seolah-olah nak menjatuhkan orang Malaysia ini tidaklah begitu tepat.
Sebenarnya dalam majlis tersebut ada sukarelawan sendiri yang mengutip sampah setelah majlis itu selesai.
Malah, ramai orang Malaysia sendiri yang mengutip sampah tersebut.
Lain kali, tanya dulu tuan punya badan

“Lain kali, tanya dulu tuan punya badan. jgn main tiup ja. nnti malu diri sendiri. banyak sangat buat cerita.
ada rumah takdak pintu
ada pintu takdak tingkap
rimau garang mmg mcm tu
aum saja tapi tak tangkap”

Hurm, salute dengan orang Jepun ni, mereka sukarela nak bantu kutipkan sampah. Tapi kena ingat orang Malaysia pun ramai je yang rajin,cuma kalau nak perhatian tu, ketahuilah dulu asal usul periksa.
Tak pasal-pasal penganjur majlis kena hentam sebab tuduhan melulu.
Baca : “Beri malu orang Sarawak” Belum Sempat Pintu Kedai Buka Orang Ramai ‘Naik Hantu’ Berebut Serbu Mydin

