Kemelut rumah tangga antara pelakon Puteri Sarah serta pengarah tersohor Syamsul Yusof seakan memberikan bayangan ia akan bertemu titik noktah hari ini.
Hari ini, Mahkamah Rendah Syariah akan mendengar prosiding lafaz cerai yang dijadualkan di hadapan Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas pada jam 11 pagi ini.
Menerusi Astro AWANI, pelakon Aku Seorang Perempuan itu mengakui dia tidak sabar untuk dilepaskan daripada perkahwinan dengan suaminya yang telah dibina sejak 2014.
"I tak sabar, I nak move on … ," ujar Pelakon, Puteri Sarah Liyana yang dilihat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur berbaju serba putih bagi menyelesaikan urusan penceraiannya bersama suami, Syamsul Yusof, hari ini.#AWANInews pic.twitter.com/Z4mrJG8OMe
— Astro AWANI (@501Awani) April 18, 2023
Puteri Sarah mengharapkan Syamsul melafazkan cerai terhadapnya sepertimana yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak bagi memberi peluang kepadanya untuk memulakan hidup baharu dengan lebih tenang.
“Saya tak sabar dan gembira. Saya nak ‘move on’, tolong doakan. Harapnya Syamsul lafazkan. Kalau lepaskan, saya rasa macam kehidupan baharu saya bermula.
Saya berharap semoga kami selesaikan dengan baik dan dipermudahkan. Percepatkan kes dan tiada lagi pergaduhan atau tidak puas hati, saya mahu selesaikan semua hari ini,” katanya.
Selain itu, Puteri Sarah turut memberitahu banyak perkara yang terpakasa ditangguhkan bagi memberi ruang kepada hal rumah tangganya ini, termasuklah kerja-kerja penggambaran.
Sebagai info, dalam kes ini, Syamsul diwakili peguam syarie, Azmi Mohd. Rais sementara Datuk Akberdin Abdul Kader bagi pihak Puteri Sarah.
Baca: “Kamu hancurkan masjid” – Puteri Sarah & Syamsul Bakal Bercerai, Datin Patimah Luah Kesedihan