in

“Jangan tanya soalan b*doh tuan” – Calon Minta Kerja Maki Majikan Bila Ditanya Soalan

ft calon maki

Dalam mencari kerja, selain butiran diri untuk menentukan kelayakan, sikap dan adab calon juga memainkan peranan utama untuk menilai jika seseorang itu layak bekerja dengan bakal majikan mereka atau tidak.

Tidak kiralah sama ada majikan tersebut yang mencari calon terlebih dahulu sekalipun, kalau adab teruk memang tak diambil bekerja. Seorang majikan kongsikan perbualannya dengan seorang calon ini dengan mendedahkan sikap biadap calon itu sampai ke tahap maki hamun di platform X.

Artikel berkaitan : “Binatang”- Ini Alasan Majikan Kenapa Mereka Maki Student Yang Cancel Mohon Intern Di Syarikatnya

Artikel berkaitan : Kerap Kena Maki Hamun, 5 Pekerja Bawah Umur Ditahan Kerana Bunuh Bos

Dalam perkongsian tersebut, majikan yang dikenali sebagai Tengku Kery ini pada mulanya tidak mahu kongsikan perkara tersebut, tapi sikap biadapnya itu agak keterlaluan sampaikan netizen yang membaca mesej daripada calon tersebut pun boleh naik angin.

Mesej tersebut mendedahkan bahawa pada mulanya majikan ini bertanyakan kepada calon tersebut sama ada dia masih bekerja atau tidak, namun dia menjawab dengan sindiran sebelum memaki hamun semula majikan tersebut dengan kata-kata kesat.

Mula-mula tak nak post benda ni, tapi makin tebal dia punya b*doh. Dia minta kerja, pastu aku tanya soalan “Sekarang kerja?” Pastu nak maki-maki begini. Memang tak boleh tanya soalan kerja ke tak ke?”

Screenshot 2024 08 02 150823 Screenshot 2024 08 02 150842

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen anggap bahawa calon ini adalah contoh kenapa ramai orang susah dapat kerja dan ada juga yang anggap bahawa ia memudahkan kerja majikan dalam membuat penilaian untuk memilih pekerja.

calon maki calon maki 2 calon maki 3 calon maki 4 calon maki 5

Kalau lah dia rasa apa dia buat ni savage dia memang silap, kalau lah ada yang terima dia sekalipun, sah-sah hidup dia kat tempat kerja tu tak tenang bila ada sikap macam ni.

Sumber : X