Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat tidak mahu masuk campur dan tidak mahu memberikan sebarang komen berkenaan kesahihan rumah tangga adiknya yang didakwa sudah bercerai dengan jurulatih bola sepak, Datuk Zainal Abidin Hassan.
Menurut sumber, Ayda meminta ruang bagi dirinya memandangkan apa yang berlaku adalah sesuatu yang privasi dan lebih elok agar tuan badan sendiri yang tampil dan menjawab.
“Jangan tanya hal berkenaan kepada saya. Rasanya lebih baik tanya kepada tuan badan. Jujurnya penat saya nak menjawab.”
“Bila isu melibatkan mereka sahaja, sudah pasti saya yang ditanya dan dicari. Saya sebagai kakak mendoakan yang baik-baik untuk Fyna,” katanya.
Zainal enggan komen mengenai masalah peribadi
Dalam perkongsian berasingan, Datuk Zainal Abidin Hassan dilihat mengekalkan sikap profesional dan tidak menyembunyikan diri walaupun dirinya terpalit dengan isu kontroversi rumah tangganya.
Zainal dilihat menghadiri Majlis Jamuan Raya Aidilfitri Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) baru-baru ini namun, hasrat mendapatkan komennya tidak kesampaian apabila beliau menolak sebarang pertanyaan mengenai hal peribadi dalam nada bergurau.
Beliau mengekalkan sikap profesional dengan mengetepikan masalah peribadi serta berani berhadapan dengan khalayak ramai dalam pada itu menghormati pelawaan tuan rumah ke majlis tersebut, lapor Harian Metro.
Terdahulu, media melaporkan pasangan berkenaan didakwa sudah bercerai sejak dua minggu yang lalu. Dikatakan punca penceraian pasangan berkenaan adalah disebabkan tiada persefahaman antara Fyna Jebat dan isteri pertama, Datin Zalina Zaini.
Sumber : Media Hiburan, Harian Metro
Baca : “My mom did not ‘berdamai’” – Anak Dakwa Zainal Abidin Dah Ceraikan Fyna Jebat?