Jadi kebimbangan netizen apabila belum masuk 4 Mei haritu orang dah mula berkerumun dekat satu kawasan Foodcourt di Cheras.
Isu mula jadi meleret apabila khabar angin tentang orang beratur panjang di Kenanga Wholesale City pula, tapi sebenarnya tak betul sebab orang yang beratur itu adalah staff yang bekeja di pusat membeli belah tersebut.
Malah, semalam 4 Mei wujud pula berita palsu yang kononnya orang Malaysia membanjiri stesen MRT. Disebabkan itu pihak Rapid KL tampil menceritakan hal sebenar pasal rakaman itu.
Hentikan perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini. Jangan sebarkan berita palsu.”
Menurut Rapid KL, keadaan semalam terkawal dan tiada kesesakan luar biasa seperti yang dikongsikan dalam video ini. Kata mereka kepada netizen diluar sana, dapatkan fakta dari sumber sahih seperti Rapid KL sebelum kongsikan di laman sosial.
Dalam pada itu, Rapid KL juga ada tunjukkan video keadaan sebenar sebagai bahan bukti.
Ini keadaan di MRT Bukit Bintang pada jam 5 petang tadi (semalam). Tiada kesesakan seperti yang dilaporkan dalam video terdahulu.”
Tweet yang talh meraih 3K perkongsian daripada netizen itu juga telah disokong oleh mereka dan menunjukkan bukti-bukti untuk menepis khabar angin yang boleh mencetuskan rasa panik orang Malaysia.
Sebelum PKP memang begini lah time peak hours – Netizen
Ada juga yang mengaitkan hal ini dengan hal politik kerana nak menjatuhkan tindakan rakyat, memang lah benar ramai yang bimbang dan tak bersetuju tapi kalau nak tambahkan rasa bimbang dengan menyebarkan fitnah itu pun tak guna juga.
Harap orang Malaysia dapatlah beri kerjasama dan fikir mana yang elok dan mana yang tak. Supaya ada kebebasan dalam masa yang sama langkah berjaga-jaga bagi membendung ekonomi negara juga.
Baca : “Goodluck rakyat Malaysia” – Ini Antara SOP Yang Perlu Dipatuhi Pengguna LRT Mulai Hari Ini