in

“Jangan sampai susahkan orang lain” – Promoter Jawab Sindiran Netizen Lepas Tegur Ibu Bapa Tak Jaga Anak

ft promoter tegur ibu dalam mall 1

Antara kerenah yang kita nampak bila berjalan di pusat membeli belah adalah, si anak yang merengek, terlalu aktif dan lari berkeliaran. Tidak dinafikan bahawa kita semua perlu faham keadaan mereka tetapi ada juga yang anggap ia satu perkara sambil lewa.

Memanglah benar untuk mereka yang belum berkahwin dan tiada anak takkan faham, tetapi sebagai pekerja di dalam mall tersebut, pengguna TikTok @ahnunit_ ini dah menyaksikan bermacam-macam perkara buruk terjadi.

 

Kita ni promoter ke babysitter

Isu ini mula timbul apabila wanita yang bekerja sebagai promoter di sebuah kedai telefon bimbit ini kongsikan satu video teguran mengenai sikap ibu bapa yang membiarkan anak mereka bermain.

Dalam video tersebut, dilihat ramai pelanggan sedang menunggu giliran untuk makan di restoran buffet Suki-Ya di mana restoran tersebut berhampiran dengan tempat dia kerja.

Katanya ada ibu bapa sedang beratur dan membiarkan anaknya berkeliaran sampai ke kedai tempat dia kerja. Oleh itu dia berpesan kepada para ibu bapa agar sentiasa jaga anak-anak mereka supaya tidak sampai ke kedai lain.

https://www.tiktok.com/@ahnunit_/video/7134206819613936922?_r=1&_t=8V5lqrhIicU&is_from_webapp=v1&item_id=7134206819613936922

Dalam masa 2 hari video tersebut telah meraih lebih daripada 500K jumlah tontonan, dan ada netizen yang menyindir dirinya samada sudah berkahwin ataupun belum.

Menjawab sindiran tersebut, wanita ini menjelaskan perkara yang tidak diingini yang pernah terjadi kepada kanak-kanak sepanjang dia bekerja di dalam mall tersebut.

Katanya, pernah sekali ada kaki budak tersepit di eskalator, malah pernah juga ada anak kepada pelanggan terjatuh sampai kepalanya terkoyak di dalam premis tempat dia kerja, ada pula suka main pintu kaca, malah ada juga yang main handphone display sampai terjatuh, jilat tiang kedai.

“Ni bukan masalah kahwin ke belum kahwin, tapi common sense lah! Parents beratur sana nak makan Suki-Ya tapi anak biarkan kat sini, dia ingat saya ni babysitter ke nak pantau anak dia, saya ni promoter nak cari customer.”

https://www.tiktok.com/@ahnunit_/video/7134317670274518298?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Dalam video seterusnya, wanita ini menjelaskan niatnya bukanlah nak marah, cuma hanya ingin beri peringatan untuk lebih peka dengan keadaan sekeliling.  Malah, disebabkan sikap ambil beratlah dia berikan peringatan.

Katanya ketika ibu bapa tersebut beratur dan anaknya bermain sampai ke premis, anak mereka terjatuh, malah tindakan ibu bapa melapaskan anak mereka juga telah mengganggu mereka bekerja kerana perlu jaga anaknya dan dalam masa yang sama kena cari pelanggan.

https://www.tiktok.com/@ahnunit_/video/7134705828879273242?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Hurm betul tu, kalau diperhatikan video bukannya dia mengutuk tapi lebih menegur, jangan nanti bila dah perkara sebegitu terjadi, mood nak bersuka ria berubah jadi sedih.

Baca : “Baru mak bapak tahu perangai anak” – Polis Sekarang Akan Tangkap Budak Ponteng Sekolah & Lepak Mall, Bawa Pergi Balai

collage 22