in

“Jangan sampai saya ambil tindakan undang-undang” – Sheila Rusly Minta Pihak Henti Fitnah Kaitkan Perkahwinan Anak Dengan Janna Nick

Ft Sheila Bengang Anak Kahwin Dikaitkan Janna Nick

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lepas, pelakon Sheila Rusly telah menerima ahli keluarga baru dimana anaknya Uzair haqimy telah selamat zaman bujangnya bersama Elisya Sandha.

Namun, ada pula berita yang kurang enak didengar saat mereka sekeluarga sedang bahagia ini dimana ada pihak yang cuba ungkit kisah lama dan mula menabur fitnah.


 

Ia tak benar – Sheila Rusly

Menerusi perkongsian Sheila di Instagram, satu foto memperlihatkan ada sebuah laman Facebook memberikan satu kenyataan yang bebaur fitnah yang dikaitkan dengan aktres Janna Nick.

Dalam perkongsian tersebut, ia kaitkan perkahwinan anaknya ini dengan disebabkan aktres tersebut menolak perlawaan Sheila untuk dijodohkan dengan Uzair.

Bengang dengan dakwaan itu, Sheila meminta untuk segera menghentikan dakwaan fitnah itu supaya tidak dikenakan tindakan undang-undang.

https://www.instagram.com/p/CS8Z8VLpexb/

“Jangan sampai saya ambil tindakan undang-undang. Diam saya tak bermakna kami kalah.”

Dalam pada itu, Sheila juga mencabar mana-mana pihak yang menabur fitnah itu untuk tunjukkan bukti dan sedia untuk berdepan.

Sheila juga meminta agar pihak-pihak lain agar berhenti daripada melakukan spekulasi ini.

“Cukup-cukuplah menabur fitnah! banda lain saya boleh tolak tepi tapi ini maruah keluarga saya. Ramai blogger di Facebook memanjangkan isu ini dengan berkongsi fitnah tersebut. Ia tidak benar!” katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, suami kepada Sheila Rusly, Jinggo mengatakan bahawa fitnah sedemikian rupa telah menggores hati menantunya.

“Dengan nama Allah kenyataan awak adalah dusta dan fitnah serta menggores hati menantu saya juga maruah keluarga dan menantu saya.”

“Sebelum surat saman saya sampai pada awak…percayalah syurga dan neraka itu benar kecuali awak dilahirkan tanpa agama.”

Anak sulung kepada pelakon itu selamat disatukan dengan pelakon Slisya Sandha di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, Selangor 21 Ogos lepas.

 

Baca : “Dkt masjid org bukan main kena jaga jarak – Terawih di Pusat Bowling, Netizen Bengang Sheila Rusly ‘Tayang’ Langgar SOP?

Ft Sheilaterawih

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.