in

“Jangan risau bro ni ok” – Tular Video Badan Lelaki ‘Berasap’, Ini Penjelasan Doktor

Untitled design 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak dapat dinafikan di zaman media sosial ini, banyak informasi yang kita boleh perolehi di hujung jari. Lebih-lebih lagi apabila adanya golongan profesional seperti doktor dan peguam yang berkongsi ilmu di platform-platform media sosial.

Terbaru, tular satu video yang memaparkan seorang lelaki yang baru sahaja selesai bermain bola sepak dilihat badannya diselebungi asap.


Video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @zaim.haziq itu menarik perhatian netizen dan sudah pastinya ramai yang tertanya-tanya apakah penyebab perkara itu.

@zaim.haziq

Nafas Berasap ❌ Badan Berasap ✅

♬ Montagem PR Funk – Bregadeira Remix – GS O Rei do Beat

Sekorang doktor yang terkenal di TikTok, @dr1share ‘membedah’ mengapa perkara itu boleh terjadi kepada lelaki berkenaan.

Menurutnya, perkara ini boleh disamakan dengan kuali yang sedang panas dicurahkan air, sudah pastinya akan berasap.

@dr1share

Normal ka badan keluae asap lepas bersukan? Sapa pernah jadi laguni…? #shouldbeme #dr1share #LearnOnTiktok #tiktokguru

♬ original sound – Dr1 – WAN SHARE

“Asap tu datang daripada peluh, peluh yang sentuh permukaan badan yang tengah panas, itu yang bila peluh tu kena badan dia berasap.

Peluh tu sebagai cooling agent, untuk menyejukkan badan,” katanya.

Difahamkan, perkara itu dikenali sebagai homeostasis di mana badan kita cuba untuk menstabilkan semula suhu dan kemudiannya mengeluarkan wap kerana adanya proses penyejatan.

Dalam pada itu, bercakap kepada Lobak Merah individu tersebut tidak menyangka video tersebut boleh tular dan keadaan itu disedari oleh rakannya yang kemudian merakam situasi janggal itu.

Sumber: TikTok (1)(2)

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.