in

“Jangan putar belit” – Achey Tak Setuju Kenyataan Abang Tesla Tentang Anak Angkat

Achey

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya kisah Abang Tesla berkahwin dua masih lagi menjadi bualan hangat orang ramai susulan kenyataan baharunya yang menafikan punca menambah seorang lagi isteri disebabkan masalah zuriat.

Menerusi sesi temubual di podcast bersama Caprice dan isterinya, Abang Tesla atau nama sebenarnya Muhammad Khal Iltizam Yusry mengeluarkan kenyataan bersahaja akan berkahwin lagi sekiranya tidak mendapat zuriat bersama isteri kedua.


Berikutan dengan pendedahan itu, Achey memberikan pandangannya bahawa tidak bersetuju dengan kenyataan pempengaruh tersebut.

https://www.tiktok.com/@wiya.aris/video/7271952540055473416

Dalam sebuah video yang dimuat naik di TikTok, Achey menerusi sesi siaran langsung meluahkan rasa kecewa apabila dikatakan proses mendapatkan zuriat melalui rawatan persenyawaan In Vitro Fertilization (IVF) itu membazir.

Difahamkan, kenyataan itu dikeluarkan oleh seorang individu yang dia terbaca di Facebook. Jelas pelawak itu, proses IVF adalah salah satu usaha buat pasangan suami isteri yang mahukan zuriat.

“Saya terus istighfar dengar statement dia. Itu adalah usaha… kadang-kadang naluri tu kita nakkan zuriat daripada kita dan hubungan kita, waris daripada isteri kita tu.

“Itu yang kita usahakan. Tapi kalau dikatakan membazir buat IVF, itu hak awak untuk bercakap. Tapi bagi orang-orang yang mengusahakan IVF tak kisah berhabis duit.

“Saya ada jumpa orang buat IVF, dia kerja pagi petang siang malam sebab dia nak anak dengan isteri dia. Jadi jangan keluarkan statement macam tu,” katanya.

Mengulas lanjut, Achey turut mempersoalkan kenyataan Abang Tesla mengenai isu anak angkat.

“Dia cakap anak angkat tak sama. Habis dia dengan isteri pertama? Itu bukan waris mereka berdua. Itu waris dia dengan isteri kedua. Sekarang kita nak waris dari isteri pertama tanpa kedua.

“Cerita pasal waris, boleh saja mahramkan. Carilah kakak, adik beradik atau saudara mara yang boleh mahramkan dia. Jangan putar belitkan kenyataan!” ujarnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan luahan Achey yang juga pernah melalui pengalaman menjalani rawatan IVF untuk mendapatkan cahaya mata.

Screenshot 2023 08 28 164755

Malah, ramai juga meluahkan pengalaman peribadi yang turut sabar menanti mendapatkan zuriat walaupun sudah berbelas tahun menjalani rumah tangga.

Baca: Pernah Buat IVF, Abang Tesla Nafi Zuriat Jadi Alasan Untuk Kahwin Dua
2Tesla

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.