in

“Jangan petik separuh” – Dikecam Kerana Isu LGBT, Menteri Agama Ajak Netizen Dengar Ulasan Penuh

Syaz Ft 2026 01 29T094557.039

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan, menggesa orang ramai agar meneliti kenyataan lengkap beliau di Parlimen berkaitan isu lesbian, gay, biseksual, dan transgender (LGBT) bagi mengelakkan sebarang salah faham.

Beliau menekankan kepentingan sikap tabayyun—iaitu menyemak kebenaran maklumat—sebelum membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan kandungan yang tidak tepat.


Artikel berkaitan: Didakwa Ada Elemen LGBT, RTM Hentikan Siaran Animasi Santigo Of The Seas

Artikel berkaitan: Johor Negeri Pertama Tubuhkan Pusat Pemulihan Akidah Untuk Golongan LGBT

“Saya menjemput semua termasuk ahli-ahli Parlimen dan seluruh anggota masyarakat untuk merujuk dan meneliti dengan jujur jawapan penuh bertulis di Parlimen,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai polemik yang timbul, Dr. Zulkifli menegaskan bahawa pihak kerajaan tidak berkompromi dalam soal gaya hidup yang bertentangan dengan norma Malaysia.

“Saya menegaskan bahawa Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menolak normalisasi LGBT kerana bercanggah dengan agama, moral dan nilai masyarakat,” tambahnya lagi.

Terdahulu, beliau menerima kritikan di media sosial selepas jawapan bertulisnya di Parlimen menyebut bahawa tekanan kerja merupakan antara faktor yang mungkin mendorong seseorang terjebak dalam gaya hidup LGBT.

Jawapan tersebut dikemukakan bagi menjawab soalan daripada Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (PN–Rantau Panjang) yang meminta data terperinci mengenai statistik, pecahan umur, etnik, serta punca utama peningkatan trend LGBT di negara ini berdasarkan kajian nasional.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.