Berikutan tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) yang telah memasuki fasa ketiga dan akan tamat pada 28 April depan, semakin ramai yang mahu wabak Coronavirus ini segera berakhir. Ramai yang nak keluar rumah secepat mungkin.
Menurut Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan, PKP fasa ketiga merupakan saat yang paling genting jika kita benar-benar mahu menamatkan wabak ini, lapor Berita Harian.

Sebelum ini, JP Morgan menjangkakan Malaysia akan menghadapi peningkatan kes secara mendadak iaitu lebih 6,000 kes pada hari ini, namun setakat ini kes positif Covid-19 hanyalah setakat 4,817 kes.
Difahamkan, jumlah tersebut jelas menunjukkan keberkesanan PKP fasa pertama dan kedua. Sebab tu kerajaan suruh duduk rumah.

Wow, berita baik ni kan.
Jadi, semua rakyat juga perlu memainkan peranan dengan duduk rumah dan basuh tangan dengan kerap. Takkan nak biar KKM je buat kerja sorang-sorang kan.

Namun, rata-rata netizen juga akur jika PKP harus dilanjutkan lagi untuk kebaikan bersama.

Kalau korang masih degil, sia-sia je lah kita terperap kat rumah hampir sebulan ni.
Baca: [TERKINI] Tiada Kedai Gunting Rambut Dibenarkan Beroperasi Sepanjang Tempoh PKP

