in

“Jangan masuk campur” – Tan Sri Musa Hassan Jawab Dakwaan Tular Video Bergaduh Dengan Isteri

ft musaa hassan respon video

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memberi amaran kepada warganet agar tidak masuk campur  dan membuat sebarang spekulasi dalam urusan keluarganya.

Katanya menerusi laman Twitter, mana-mana individu yang berani melakukan tindakan sedemikian bakal berdepan dengan tindakan undang-undang.


 

“Jangan ada masuk campur” – TS Musa Hassan 

Screenshot 2023 03 08 093644

Terdahulu, tular satu video memaparkan seorang individu bertengkar dengan isteri. Berdasarkan pemerhatian netizen, individu itu didakwa menyerupai bekas Ketua Polis Negara.

Ex IGP ex IGP2

Dalam masa yang sama, Harian Metro melaporkan berita berkenaan seorang wanita yang merupakan isteri kedua kepada bekas pegawai kanan tertinggi polis membuat laporan mendakwa bahawa dia telah dipukul suaminya di kediaman mereka.

Dia membuat laporan itu di  Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (TTDI), di sini, kira-kira jam 8 malam kelmarin. Menurut sumber, kejadian itu berlaku selepas tercetus pergaduhan antara suami isteri berkenaan yang dipercayai berpunca daripada isu harta serta nafkah.

Wanita berusia lingkungan 40-an itu mendakwa dipukul suaminya di bahagian kepala dan belakang leher.  Dalam pada itu, bekas pegawai polis berusia lingkungan 70-an terbabit juga ada membuat laporan menerusi peguamnya di balai polis sama kira-kira jam 3 petang semalam.

Bekas pegawai kanan tertinggi polis berkenaan pula membuat laporan menyatakan beliau dipukul menggunakan helmet dalam kejadian itu. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

Baca : “Tak tinggal nombor tapi letak vest”- Viral Kereta ‘Double Park’, Polis Buru Pemilik Kenderaan

collage 3

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.