Penyanyi, pengacara dan pelakon popular, Alif Satar mengimbau kenangan zaman kanak-kanaknya ketika menetap di sebuah rumah flat di Kuala Lumpur.
Menurut perkongsian Alif menerusi akaun Instagramnya, dia membesar di rumah pangsa kos rendah itu sejak tahun 1990 sehingga umurnya mencecah darjah satu. Kemudian, berpindah ke luar negara kerana mengikut ibu bapanya yang mendapat tawaran belajar di United Kingdom (UK).
“Ni haa Blok E1, Wangsa Maju seksyen 2. Kami tinggal sini dari tahun 1990 sampai darjah satu sampai 1997 kemudian kami berpindah ke UK sebab dapat scholarship belajar sana,” tulisnya.
Alif titip pesanan
Beliau memberitahu kehidupan masa kecilnya sama seperti kehidupan kanak-kanak yang lain. Alif turut berasa gembira kerana berpeluang membawa anak-anaknya ke lokasi kediaman yang pernah beliau membesar.
Sementara itu, Alif turut menitipkan pesanan kepada pengikutnya untuk sentiasa merendah diri dan tidak bongkak sekiranya telah berjaya kelak.
“Doesn’t matter how high you soar, never forget your roots… Hormat orang tua, hargai cikgu-cikgu. Appreciate and remember the people who got you there along the way,” tambahnya.
https://www.instagram.com/p/CpeGGXWptLK/?utm_source=ig_web_copy_link
Perkongsian Alif mengenai memori zaman kanak-kanaknya di flat itu turut menerima respon positif dalam kalangan pengikutnya.
Rata-rata memuji dirinya yang tidak malu mengakui asal usulnya biarpun kini sudah hidup berjaya dan menjalani kehidupan yang lebih selesa.
Baca: “Ini baru betul influencer” – Netizen Kagum Lihat Alif Satar Pandai Berbahasa Isyarat