in

“Jangan jerit nama anak” – Bekas Peguam Kongsi Tips Jika Anak Hilang Di Tempat Awam

Tips Cari Anak Hilang 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hilang anak di kawasan yang sesak seperti pusat beli belah, taman awam dan lain-lain boleh menjadi igauan ngeri ibu bapa diluar sana. Selain itu, perkara tersebut juga boleh mendatangkan trauma atau ingatan buruk kanak-kanak terhadap kejadian tersebut.

Baru-baru ini, tular di media sosial video seorang bapa kelihatan berlari-lari dalam sebuah pasaraya di Melaka sambil memanggil-manggil nama anaknya yang dipercayai telah hilang di pasaraya tersebut semasa video diambil.


Namun, perkongsian seorang bekas peguam di TikTok dengan nama Reina Lum baru-baru ini mendedahkan bahawa perbuatan memanggil nama anak sekiranya mereka hilang di tempat awam bukanlah cara yang ideal.

Screenshot 10 Horz

Menurutnya lagi, sekiranya kehilangan anak di tempat awam, perbuatan menjerit atau memanggil-manggil nama anak sendiri bukanlah satu perkara yang berkesan.

Sebaliknya, ibu bapa perlu menjerit atau memberikan deskripsi anak yang hilang tersebut. Sebagai contoh, boleh ‘jerit’ warna pakaian, ketinggian, atau sebarang maklumat yang membolehkan orang ramai membantu mengesan anak yang hilang tersebut.

Tambahnya lagi, keutamaan pastinya untuk menemukan kanak-kanak tersebut dalam keadaan selamat. Jadi, lebih banyak orang atau mata yang memberikan bantuan dalam pencarian, lebih tinggi peluang untuk menemukan anak tersebut sebelum siapa-siapa sempat membawa mereka keluar dari premis tersebut.

@reinalum This child was found, thank god. But please share this #parentingtips #lostchild #anakhilang #fypmalaysia #tiktokmalaysia #viralmalaysia ♬ original sound – Reina Lum

“Kalau jerit, saya tengah cari budak lelaki, baju putih, seluar jeans, kasut warna hijau, pasti semua orang akan mula mencari anak tersebut”

Selain itu, apabila banyak mata yang mencari dan memerhati, ada kebarangkalian penculik akan membatalkan niat mereka kerana sedar mereka sedang diperhatikan oleh ramai.

Perkongsian ini turut mendapat persetujuan netizen di ruangan komen. Ada yang menambah bahawa jeritan tentang deskripsi anak lebih kedengaran cemas berbanding nama anak kerana orang mungkin menyangka kita sedang bermain dengan anak tersebut.

Cats 11

Menurut Reina lagi, tips ini biasa diamalkan di negara barat dan dia pun baru tahu tentang perkara ini dan sebagai ibu ‘baru’ dan berharap lebih ramai ibu bapa peka dengan keadaan sekeliling dan keberadaan anak-anak jika di tempat sesak untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku.

Baca : [VIDEO] Kisah ‘Rider’ Usung Anak Usia Setahun Sambil Buat ‘Delivery’ Bikin Ramai Sebak

Rider Usung Anak

 

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.