in

“Jangan jadi ibu bapa toksik” – Wanita Tegur Sikap Ibu Cakap Kasar Dengan Anak di ‘Public’

page ibu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masa korang kecik-kecik dulu pernah tak ibu tegur jangan nakal-nakal kat tempat awam? Takpun, tak bagi untuk beli barang yang kita nak walaupun hanya mainan?

Min yakin, larangan tu semua ada sebabnya… Pun begitu, perkara itu juga bukanlah tiket untuk ibu bapa menegur anak-anak mereka dengan kasar secara ‘public’.


Perkara ini disuarakan oleh seorang wanita di TikTok miliknya @nynabukater, yang mana dia berkongsikan video sebagai teguran kepada seorang ibu yang bercakap kasar dengan anaknya di sebuah pasaraya.

@nynabukater

#ad Entahlah.. sedih.. hmm.. jgn jdi ibu bapa yg toksik..

♬ Gatal – Janna Nick

“Aku nak tanya ibu bapa kat luar sana, yang ada anak.. Korang memang saja-saja suka ada anak ke? Memang tak boleh cakap elok-elok dengan anak ke?” – Ujar wanita dalam video

Katanya lagi, kejadian itu bermula ketika dia berada di sekitar kawasan permainan dalam pasaraya tersebut dan dia ternampak seorang budak lelaki yang berdiri sambil termenung lama sebelum ditegur oleh ibunya.

“Bakul penuh barang mekap”

Difahamkan budak lelaki itu memberitahu ibunya yang dia hanya mahukan pelekat Upin & Ipin namun ditengking oleh ibunya dengan kasar.

“Haa, memang duit gaji aku ni nak habiskan kat kau je! Banyak lagi sticker kat rumah tu bukannya kau main pun! Kalau nak, beli guna duit kau sendiri!” – Ajuk wanita dalam video

Namun apa yang buatkan wanita dalam video itu bertambah marah adalah di mana ketika dia lihat ke dalam bakul barang milik ibu kepada budak lelaki itu, barangnya penuh dengan alat solek.

Sementara itu, rata-rata pengguna TikTok di bahagian komen juga ada yang berkongsikan pendapat serta pengalaman mereka sendiri kerana situasi yang dikongsikan itu seakan-akan sama dengan diri mereka semasa kecil.

tiktok full 6

Disebabkan itu, wanita dalam video tersebut juga menyuarakan pendapatnya yang mana ibu bapa juga harus menghormati anak-anak mereka sebagai manusia kerana mereka juga mempunyai hati dan perasaan.

Min harap ibu ayah di luar sana lebih memahami anak-anak mereka. Ye lah, diorang kecil lagi dan masih perlukan banyak perhatian dari parents sendiri…

Baca: “Asian mom can relate” – ‘Penat’ Kejut Anak, Ibu Gajah ‘Give Up’ Minta Tolong Penjaga Zoo!

page gajah

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.