in

“Jangan jadi cacing kepanasan” – Abah Hayat Tak Peduli Cemuhan Netizen, Mahu Sebar Kebaikan

Abah Hayat 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak dua menjak ini, kisah berkenaan seorang bekas banduan telah mendapat perhatian ramai apabila dia telah dibebaskan daripada penjara dan terlepas hukuman gantung atas kesalahan membunuh.

Khairul Anuar Zakaria atau lebih dikenali sebagai Abah Hayat yang kini bebas selepas dipenjarakan 23 tahun itu mempunyai akaun TikTok dengan nama Abah Hayat Bkt Pinang dan mempunyai followers sebanyak 34.7K ketika artikel ini ditulis.


Abah Hayat

Artikel berkaitan: Didapati Bersalah Kerana Kes B*nuh, Abah Hayat Dibebaskan & Terlepas Tali Gantung

Artikel berkaitan: “Buat content untuk apa?” – Netizen Persoal Bekas Banduan ‘Kerat 8’ Buat Akaun TikTok

“23 tahun dalam penjara mengajar abah untuk menyerap tekanan ini”

Tindakan bekas banduan itu yang kini aktif di media sosial menimbulkan rasa tidak senang netizen dan ramai yang mengkritiknya.

Walau bagaimanapun, Abah Hayat menerusi posting terbaru di TikTok berkata, dia enggan memikirkan kritikan dan cemuhan sesetengah pihak yang tidak senang dengan pembebasannya selain tindakannya yang aktif di media sosial.

Kalau orang menilai abah kerana buat benda ni (jenayah) dulu, apa yang boleh dibuat? Ia sudah berlalu. Kita tidak boleh tarik balik, sudah jadi sejarah. Sekarang ini dan esok adalah harapan. Jangan jadi cacing kepanasan apabila orang komen negatif.

“23 tahun dalam penjara mengajar abah untuk menyerap tekanan ini. Abah berterima kasih kepada yang komen positif dan negatif. Paling penting kita tahu arah tujuan sekarang ini ke arah kebaikan,” katanya.

@abah.hayat.bkt.pinang

Malam ni LIVE Jam 9.30 malam, Tajuk – DOSA FITNAH ITU LEBIH BESAR DARIPADA DOSA MEMBUNUH

♬ original sound – Abah Hayat Bkt Pinang – Abah Hayat Bkt Pinang

Abah Hayat yang mengakui menyesali perbuatan jenayah itu berkata dia bersyukur kerana masih diberikan kesempatan untuk berbakti kepada ibunya yang kini sudah berusia 84 tahun.

Malah dia juga masih ingat akan kejadian pilu ibunya menangis dan pengsan ketika hakim menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atasnya.

@abah.hayat.bkt.pinang

RESTU IBU sebelum perjalanan ke kotaraya…

♬ original sound – Abah Hayat Bkt Pinang – Abah Hayat Bkt Pinang

Untuk rekod, Khairul Anuar didakwa membunuh seorang tukang besi, Chuah Leng Hai di sebuah rumah di Taman Datuk Kumbar, Kedah pada 4 Jun 2001.

Dia kemudian dihukum gantung sampai mati selepas didapati bersalah. Pun begitu, pada Mei 2018, Khairul Anuar mendapat pengampunan daripada Sultan Kedah dan status banduan akhir itu berubah kepada banduan hayat.

Sumber: mStar, TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.