Banyak kita lihat di media sosial beberapa hari lepas tentang kemeriahan sambutan hari guru. Tak dapat dinafikan, ramai juga pelajar yang memberikan hadiah kepada cikgu kesayangan mereka sebagai tanda menghargai pengorbanan para guru.
“Dapat hadiah RM2 saya buang je”
Menerusi satu hantaran di Facebook, seorang wanita telah memuat naik tangkap layar komen isteri kepada seorang guru yang dikatakan ‘pening’ melihat hadiah yang diterima oleh suaminya terlalu banyak di rumah.
Artikel berkaitan: Cikgu Terkejut, Anak Murid Hadiahkan Rotan Pada Hari Guru
Artikel berkaitan: “Yang ni paling win!” – Murid Hadiahkan Cikgu Sejambak Ulam Buat Ramai Tersentuh
Cikgu lelaki ni dapat hadiah dari murid bukan kesah sangat pun. Depa bawa balik dan longgok kat rumah, Kita yang wife ni yang pening tengok. Dapat frame ke atau barang2 RM2 saya buang je. Pening tengok kalau banyak sangat. Dapat jam dinding kedai RM2 adalah juga gunanya.
Isteri guru berkenaan malah lebih menyukai jika hadiah hari guru suaminya adalah barang masakan seperti limau nipis, bunga kantan dan sebagainya.
Ibu bapa terpaksa catu duit untuk beli hadiah
Dalam hantaran yang sama, wanita itu turut meletakkan tangkap layar komen daripada ibu bapa yang terkilan dan meluahkan rasa sedih kerana hadiah hari guru anaknya dibeli menggunakan hasil dia berniaga.
Hadiah hari guru tahun ni adalah hasil dari niaga macam2. Tak beli anak muncung tak sampai hati. Sekarang ni tengah bulan duit memang catu2. Hasil niaga tulah belikan dorang hadiah, barulah senyum gi sekolah hari tu.
“Jangan bagitau orang…”
Bagaimanapun, pemilik hantaran itu menegur perbuatan isteri kepada seorang guru yang mengaku dia telah membuang beberapa hadiah yang berharga RM2. Mungkin ruang di rumah guru itu sedikit terhad tetapi lebih baik jika menghargai pemberian daripada anak murid.
Mungkin barang banyak, space pula terhad. Tapi, cubalah tengok dari sudut pandang orang yang memberi tu. Ada sampai bercatu-catu makan demi nak belikan hadiah hari guru….Cuma satu je, jangan bagitau orang. Jangan tulis di media sosial. Sebab aku tak dapat bayangkan perasaan mak bapak murid yang berhempas pulas sampai ikat perut bila baca komen kau tu.