in

“Jangan bagi penjual pokok nampak” – Viral! Pokok Lempuyang Boleh Jadi Syampu & Perapi Rambut?

Pokok Lempuyang Viral

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa disini waktu sekolah dulu atau sekarang ni suka sertai aktiviti hiking dalam hutan? Korang ingat tak, kalau zaman sekolah atau kita hiking menggunakan khidmat ‘guide’ yang disediakan oleh tapak perkhemahan, diorang mesti akan ajar beberapa ‘ilmu hutan’.

Memang banyak ilmu yang diturunkan dan min sendiri waktu tu agak terkejut dan tak sangka, kita boleh belajar banyak benda baru dengan hanya berjalan dalam hutan.


Salah satu contoh yang diingati sampai hari ini adalah cara buat isyarat kecemasan menggunakan daun-daun basah! Menurut orang yang bagi penerangan waktu tu, daun basah akan hasilkan kepulan asap yang tebal berbanding kita guna daun kering.

Tour Guide Bako

Selain itu, kalau korang nak tahu, ‘rahsia alam’ ni sangat luas, contohnya pokok yang boleh dijadikan sumber air sekiranya kita tersesat, pucuk tumbuhan yang boleh dimakan dan lain-lain.

Seperti satu perkongsian oleh seorang wanita @belle_arvie_ yang telah berkongsikan tentang sejenis pokok yang boleh dijadikan syampu dan perapi rambut di Instagram dan telah mendapat perhatian ramai selepas dikongsikan oleh sebuah laman sosial terkenal BuzzFeed.

Syampu lempuyang

Dikenali sebagai Lempuyang Gajah atau Zingiber Zerumbet, pokok ini juga boleh ditemui di negara beriklim tropika dan difahamkan akan tumbuh dikawasan yang bersemak samun dan berasal dari Asia. Jadi, tidak hairanlah kenapa pokok ini juga sebenarnya tumbuh banyak di Malaysia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by belle Arvie (@belle_arvie_)

Kalau dari komen diruangan Twitter pula, ramai netizen akui yang selama ini tidak mengetahui bahawa pokok ini boleh diperah dan airnya boleh digunakan sebagai syampu selain ada juga yang mengatakan bahawa baunya seakan-akan bau herba selain mempunyai pelbagai khasiat.

Menurut perkongsian Belle Arvie tersebut, beliau yang mengalami kecederaan otak dan hilang segala deria tidak lagi dapat menikmati bau yang dikeluarkan namun, masih ingat akan baunya yang harum kerana telah menggunakan ‘syampu semulajadi’ tersebut selama sepuluh tahun sebelum dia mengalami kemalangan tersebut.

Rata-rata netizen turut tak menyangka dengan kebolehan tumbuhan tersebut untuk dijadikan perapi rambut dan juga syampu, selain ramai juga difahamkan mula mencari pokok berkenaan selepas mengetahui kegunaannya.

Komen Pokok Lempuyang

“Jangan bagi penjual pokok nampak”

Selain itu, ada juga netizen dari Malaysia juga sempat bergurau dengan meninggalkan komen agar perkongsian ini tak sampai ke mana-mana penjual pokok kerana khuatir harga akan melonjak naik gara-gara mendapat permintaan yang tinggi.

Komen Twitter Lempuyang

Hurm, ada betul jugak Tu. Orang Malaysia ni bukan boleh, benda mula viral, dia pun mula lah Jual mahal.

Baca : Rileks! 5 Tanaman Ini Mampu Kurangkan Stress Korang

head plant

Sumber: Instagram
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.