Bagi mereka yang gayat, sudah pastinya melalui jambatan kaca adalah sesuatu yang kurang digemari kerana ia agak menakutkan.
Namun siapa sangka, satu tragedi ngeri telah berlaku di pusat pelancongan The Geong dekat Hutan Pinus Limpakuwus, Banyumas, Jawa Tengah, Indonesia semalam apabila jambatan kaca berketinggian 15 meter pecah, lapor Kompas.
Artikel berkaitan: “5 minit 3 orang jatuh” – ‘Flyover’ Kg Pandan Didakwa Tak Selamat, Boleh Sebabkan Kemalangan
Artikel berkaitan: Keluarga Mahu Saman Google, Lelaki Maut Terjatuh Jambatan Sebab Ikut Jalan Guna Google Map
Seorang mangsa cedera, seorang lagi meninggal dunia
Menurut laporan, empat orang pelacong yang sedang berselfie di jambatan itu telah terjatuh dengan seorang darinya cedera dan seorang lagi meninggal dunia.
Kejadian itu dikatakan berlaku kira-kira jam 10 pagi ketika seramai 11 orang pelancong berada di atas jambatan berketinggian 15 meter itu untuk mengambil gambar.
Ketua Polis Daerah Banyumas, Edy Suranta Sitepu berkata, berdasarkan maklumat yang diperolehi, kumpulan pelancong itu dikatakan berasal dari Cilacap, Jawa Tengah.
Keempat-empat mereka terjatuh selepas kaca yang dipijak mereka tiba-tiba pecah.
Ketika pecah, dua orang sempat memegang struktur besi pada jambatan sementara dua lagi jatuh ke bawah,” katanya.
@radarbogor Wahana Jembatan Kaca The Geong Limpakuwus di Banyumas Pecah #radarbogor #tiktokberita
Mangsa yang dikenalpasti sebagai A (41 tahun) hanya mengalami luka ringan, manakala seorang lagi mangsa, FA (49 tahun) sempat dibawa ke hospital sebelum dilaporkan meninggal dunia.
Setakat ini, pihak berkuasa sedang mengambil keterangan pengendali jambatan dan saksi. Salah seorang saksi bernama Sunarto berkata, dia mendengar bunyi letupan ketika lantai kaca pada jambatan berkenaan pecah, lapor Utusan TV.
Menurutnya lagi, kaca pada jambatan itu retak dan serpihan kaca itu jatuh terkena besi.
Menyedari bahaya yang berlaku, pekerja di tempat kejadian kemudian segera menghulurkan bantuan kepada dua lagi pelancong yang terjatuh, katanya.
Takutnya bila baca berita macam ni. Harap pengendali pusat pelancongan lebih berhati-hati dengan keselamatan pelancong bila ada tarikan seperti jambatan kaca ini.