Rasa ngeri, mual dan menyeramkan pun ada apabila mendengar pasal puak-puak Kanibalisme iaitu manusia yang makan daging manusia.
Dalam fahaman kita, golongan ini akan wujud pada zaman dahulu kala kan? Sebenarnya, puak-puak ini masih wujud pada zaman moden.
1. Korowai, Papua New Guinea
Puak ini dikatakan masih lagi mengamalkan kanibalisme. Menurut The Sun, suku kaum ini ada satu kepercayaan dimana ada satu makhluk jahat yang dinamakan ‘Khakuas’ akan masuk kedalam badan seseorang dan bunuh.
Jadi, mereka akan makan si mangsa yang dikatakan terkena hasutan itu sebagai usaha mereka untuk membalas dengan atas kematian mangsa dan bagi menamatkan gangguan khakuas.
2. Aghori di Sungai Ganges, India
Bagi golongan ini, amalan memakan daging manusia untuk mendapatkan keberkatan. Dalam satu upacara, mereka akan makan makan dan minum yang berasaskan tubuh badan manusia.
Menurut Illuminasi, jika satu keluarga itu tiada perbelanjaan yang cukup untuk semadikan ahli mereka yang sudah mati. Mayat si mati itu akan dihanyutkan di Sungai Ganges (tempat di mana etnik Aghori menetap), mereka akan menyelamatkan mayat itu untuk upacara mereka.
Walaubagaimanapun, mereka tidak membunuh, mereka hanya menggunakan mayat mangsa untuk upacara tersebut.
3. Militia Lendu, Congo
Pada tahun 2003, ada berlaku satu pemberontakan di Ituri. Sinafasi Makelo wakil untuk Mbuti Pygmies, mendakwa bahawa satu pemberontak pemberontak yang dikenali sebagai militia Lendu dari wilayah Ituri telah memakan manusia hidup-hidup.
Lapor The Guardian, tentera itu matanya merah, mereka bunuh dan kerat manusia. Hati dan janntung dimasak, mangsa harus membayar wang atau makan dipaksa makan daging manusia kalau nak dilepaskan.
Malah mereka juga percaya kononnya dengan menjamah daging manusia, ia boleh memberikan kekuatan kepada mereka dan mampu menakutkan penduduk setempat.
4. Liberia
Ketika berlaku konflik antara Liberia dan Sierra Leone, ada beberapa kejadian mengerikan berlaku. Difahamkan, ada amalan kanibalisme, ia didedahkan di mahkamah oleh tentera negara itu sendiri semasa perang.
Lebih dahsyat lagi, arahan itu dikeluarkan oleh bekas Presiden negara itu sendiri iaitu Charles Taylor. Dikatakan, dia mengarahkan agar mana-mana tawanan perang mereka yang tidak dirogol atau dijadikan hamba, mereka akan dijadikan hidangan sajian.