in

Jalur Gemilang Terbalik Pada Baju Lee Zii Jia, KBS Tak Mahu Panjangkan Isu

syaz ft 2024 12 19T152226.042

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, satu insiden berlaku ketika Jelajah Dunia Akhir BWF 2024, minggu lalu apabila pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia dilihat memakai jersi dengan Jalur Gemilang terbalik.

Pun begitu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi menterinya, Hannah Yeoh berkata pihaknya tidak mahu memanjangkan isu tersebut.


Artikel berkaitan: Bendera Malaysia Terbalik Pada Jersi Lee Zii Jia Ialah Kecuaian Kritikal – Fahmi Fadzil

Artikel berkaitan: Lepas Isu Jalur Gemilang Terbalik, Lee Zii Jia ‘Check’ Jersi Sebelum Pakai

Beliau memaklumkan pihak mereka sudah menerima permohonan maaf daripada pihak penaja pemain ranking ranking enam dunia berkenaan iaitu syarikat peralatan sukan Victor dan ia dianggap memadai.

kl35 12102023 padang stadium 4233520 20240601161110

Zii Jia bagaimanapun secara peribadi atau pasukannya masih belum mengeluarkan sebarang permohonan maaf secara rasmi, sama ada dalam bentuk bertulis atau melalui platform media sosial rasminya.

“Team LZJ sedang menunggu tarikh untuk berjumpa dengan saya kerana saya mahu bertemu mereka untuk program RTG (Road to Gold) tetapi ia akan berlaku pada bulan Januari nanti.

Ketika ini, permohonan maaf sudah dikeluarkan dan saya tahu yang Zii Jia tidak mempunyai niat untuk memalukan negara seperti itu. Kerana itu saya cakap permohonan maaf itu diterima.

Jadi kerana itu kami mahu pengurus dan semua atlet mengambil perkara ini secara serius agar ia tidak berulang.

Setakat yang saya tahu, permohonan maaf datang daripada Victor dan saya tidak periksa sama ada (permohonan maaf daripada Zii Jia) tetapi bagi saya ia mencukupi ketika ini,” katanya.

Susulan kontroversi itu, KBS sebelum ini sudah mengarahkan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk merangka satu kod baharu berkaitan etika pemakaian atlet termasuklah membabitkan penggunaan Jalur Gemilang pada pakaian mereka.

Sumber: Berita Harian

Sumber: The Sun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.