in

“Jalan seret-seret kasut” – Cikgu Sebak Lihat Murid Pakai Kasut Besar, Sumbat Tisu Untuk Muatkan Kaki

Kasut Seret

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hati guru mana yang tak sayu apabila melihat anak muridnya yang serba kekurangan tetap bersemangat untuk datang sekolah seperti tiada apa yang berlaku.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan di TikTok oleh seorang guru bernama Cikgu Farrah, ia memaparkan rakaman seorang murid dilihat berjalan dalam keadaan menyeret kasutnya ke lantai.


Apabila disiasat, rupa-rupanya murid itu memakai kasut yang lebih besar dari saiz kakinya dan menyumbat tisu yang banyak untuk memuatkan kakinya ke dalam kasut itu.

@cikgu_farrah

minggu lepas ada kawan bgtau suruh tengok kasut murid ni sbb dia jalan seret2 kasut and aku pun mmg x cakap banyak terus ukur kaki dan p beli kasut baru utk dia.. sedihnya bila masa nak ukur size kaki nampak kertas dlm kasut.. dia sumbat kertas2 sbb kasut tu besar..

♬ Kamu Dan Kenangan – Shanna Shannon

Minggu lepas ada kawan bagitahu suruh tengok kasut murid ini sebab dia jalan seret-seret kasut dan aku pun memang tak cakap banyak terus ukur kaki dan pi beli kasut baru untuk dia,” katanya.

Namun hati Cikgu Farrah ini tersentuh melihat tisu yang disumbatkan ke dalam kasut yang besar itu oleh murid berkenaan.

Sedihnya bila masa nak ukur saiz kaki nampak kertas dalam kasut. Dia sumbat kertas-kertas sebab kasut tu besar,” katanya lagi.

“Tetapi semangat pergi sekolah, moga jadi anak yang berjaya adik” 

Rata-rata netizen yang melihat video itu meluahkan rasa sedih terhadap murid berkenaan dan mengucapkan terima kasih kepada guru tersebut kerana sudi membantu.

Sedih

Sebak tengok kasutnya yang dah koyak tu… Semoga kuat semangat ya dik. 

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.