in

JAIS Tangguh Majlis Akad Nikah di Selangor Mulai 1 Jun Hingga 30 Jun 2021

Tangguh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya hari ini ada berita yang kurang sedap didengar sedikit buat bakal-bakal pengantin di negeri Selangor.

Menerusi perkongsian Facebook rasmi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), pihak mereka memaklumkan bahawa upacara akad nikah dalam apa juga bentuk dan cara adalah ditangguhkan mulai hari ini sehingga 30 Jun.


193503685 4010462182374567 6757865279806948870 N

Menurut JAIS, perkara tersebut juga telah mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang mana ia dilakukan demi membantu keberkesanan dasar semasa dan kepentingan banyak pihak.

Jabatan Agam Islam Selangor membuat ketetapan bahawa perlaksaan upacara akad nikah dalam apa juga bentuk dan cara adalah DITANGGUHKAN mulai 1 Jun 2021 sehingga 30 Jun 2021.” 

Dalam pada itu, rata-rata bakal pengantin yang menerima berita tersebut tenyata amat sedih dan berharap majlis perkahwinan mereka tidak ditangguhkan lagi selepas bulan Jun ini.

Nikah

Semoga urusan mereka yang bakal mendirikan rumah tangga dipermudahkan. 

Baca: “Atuk nenek pun panic nikah” – Netizen Teruja Lihat Pasangan Usia Emas Bernikah Sebelum PKP, Comel Je Dedua Ni!

Panic

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.