in

Jadi Tumpuan Untuk Pelancong Bergambar, DBKK Bersihkan Bangunan Maybank Di Kota Kinabalu

Maybank

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular di media sosial sebuah bangunan bank Maybank di Kota Kinabalu telah menjadi lokasi tumpuan untuk bergambar dalam kalangan pelancong-pelancong antarabangsa ke negeri di bawah bayu itu.

Difahamkan, meskipun Maybank cawangan Kota Kinabalu telah ditutup buat sementara waktu, namun ia tidak menjadi halangan untuk pelancong bergambar di hadapan bangunan tersebut.


Pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) baru-baru ini juga telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan di bangunan Maybank yang menjadi tumpuan pelancong baru-baru ini iaitu di sekitar Jalan Pantai.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menerusi Facebook.

4 3

Artikel Berkaitan: “Warnanya sangat menyerlah” – Pelancong Luar Kongsi Sebab Bangunan Bank Di Kota Kinabalu Jadi ‘Spot’ Bergambar

Artikel berkaitan: Maybank Di Kota Kinabalu Ini Jadi Spot Tarikan Pelancong Luar Untuk Bergambar

Kerja-kerja pembersihan di luar premis itu melibatkan 10 orang anggota.

Menurut DBKK, kerja pembersihan adalah sebagai usaha untuk meningkatkan usaha memelihara dan melestarikan imej Kota Kinabalu sebagai sebuah bandar raya hijau dan berdaya huni.

Dalam pada itu, pihak mereka juga membuang tumbuhan liar yang tumbuh menjalar pada bangunan di Gaya Street dan menyelenggara pokok rimbun di ruang legar Sinsuran.

Difahamkan juga, kerja-kerja pembersihan ini telah bermula sejak 12 Julai lalu lagi.

Sumber: Facebook Dewan Bandaraya Kota Kinabalu 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.