in

Jadi Trend Di TikTok, Ramai Yang Nak Cuba Lekatkan Sellotape Pada Dahi Untuk Kurangkan Kedutan

f2 tepek cellotape

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Wanita mana yang tak sukakan kecantikan. Kebanyakan kaum Hawa memang gemar mencantikkan diri dan ada yang sanggup berhabis banyak wang untuk ke spa, salon dan beli produk penjagaan kulit agar tampil lebih menawan.

Namun, di TikTok pula baru-baru ini, ada satu trend kecantikan yang dikatakan mampu mengurangkan atau mengelakkan kedutan pada wajah dengan hanya menggunakan pita pelekat!


tepek cello 3

Memetik laporan Mail Online, trend berkenaan telah dimulakan oleh model wanita yang dikenali sebagai “The Aussie Rapunzel’ dari Sydney, Australia di mana dia akan melekatkan objek berkenaan pada dahi selama semalaman agar kulitnya tidak berkedut.

Wanita tersebut telah berkongsikan pengalamannya menggunakan cara itu di TikToknya.

@

♬ –

Dia telah melakukan cara itu selama tujuh hari berturut-turut dan mendakwa wajahnya jadi lebih cantik tanpa kedutan seperti mendapat rawatan botox.

Walaupun video tersebut telah meraih tontonan hingga 4.8 juta, kebanyakan netizen tidak mempercayai bahawa cara itu menjadi.

Pakar kecantikan dan pakar pembedahan plastik pula mendedahkan kesan selepas melakukan kaedah melekatkan sellotape pada dahi itu tidak akan bertahan lama sebaliknya ia hanya lah untuk melatih anda untuk tidak menaikkan kening atau mengerutkan dahi.

tepek cello 2

Selain wanita itu, seorang lagi TikTokers iaitu Olga turut mendakwa dahinya tiada kedut selepas mencuba cara itu.

Walau bagaimanapun, ada juga sesetengah wanita yang tetap mahu mencuba cara ini untuk merasai sendiri keberkesanannya.

Kalau korang dah try nanti, share la dengan kitaorang. Nak tahu jugak sama ada memang menjadi atau hanya rekaan semata-mata. 

Sumber: Mail Online, TikTok @theaussierapunzel

Baca: “Ingatkan semua natural beauty. Rupanya..”- 10 Aktres Bollywood Terkenal Ini Rupanya Pernah Buat Plastic Surgery!

tepek cello 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.