in

“Jadi takut nak pergi Bali” – Tular Video Lelaki Marah Pelancong, Gara-gara Naik E-hailing Di Bali

supir bali marah pelancong

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak dapat disangkal lagi, Bali merupakan antara lokasi pelancongan di Indonesia yang menjadi pilihan pelancong dari serata dunia.

Budaya dan keindahan alam di sana membuatkan ramai menjadikannya sebagai percutian ‘healing’ daripada kesibukan bekerja.


Tular video pelancong kena marah dengan pemandu teksi

Walau bagaimanapun, tular beberapa rakaman video di TikTok sejak semalam berkenaan tindakan seorang lelaki yang didakwa supir atau pemandu teksi yang bertikam lidah dengan pelancong dari Singapura.

Menerusi laporan Detiknews, lelaki berkenaan telah memarahi pelancong tersebut, Calysta T Ng, 27, dari Singapura kerana menggunakan khidmat teksi online (e-hailing) dan bukannya teksi miliknya.

@kikibalitourdriver

Penumpang Di paksa membayar Denda oleh supir pangkalan, Karena penumpang memilih untuk menggunakan Taksi Online,,menurut aturan disana Taksi Online Dilarang Mengambil penumpang!! Disisi Lain penumpang pun berhak memilih moda transport mana yang akan mereka gunakan.. semoga tidak ada lagi kejadian yang sama di daerah manapun Di seluruh Indonesia. Ingat Rejeki sudah ada porsi nya masing²..!!!#gangster #ketidakadilan #pemalakan #taksionline #sisigelapbali #bali #taksionline #tourguide #travel

♬ original sound – TridatuTourplanner – mamabalitours

Kejadian yang berlaku pada Selasa, kira-kira jam 10 pagi waktu tempatan ini terjadi apabila seorang staf villa datang ke Pos Transportasi Padang Linjong untuk memberitahu supir berkenaan yang ada pelancong hendak keluar ke Lapangan Terbang Gusti Ngurah Rai di Badung, Bali.

Oleh itu, suspek kemudian datang ke villa untuk menjemput pelancong berkenaan dan menawarkan naik kenderaannya dengan caj 270,000 rupiah (RM84.12) dari villa ke lapangan terbang itu.

Pelancong tidak mahu dan dia hanya ingin menaiki teksi online. Selang beberapa minit, teksi online yang dipesan pun tiba dan menjemput tetamu tersebut,” jelas pihak polis.

Susulan itu, berlaku pergaduhan antara kedua-dua pihak seperti video di atas kerana para pelancong tidak mahu menaiki teksi milik suspek.

Pelancong itu kemudian menawarkan wang sebanyak 100,000 rupiah (RM31.15) kepada suspek, tapi ia ditolak dan suspek meminta pula sebanyak 150,000 rupiah (RM46.73).

Tak cukup dengan itu, suspek siap mengugut mahu membawa pelancong ke pejabat desa serta mengambil barang-barang pelancong namun akhirnya selepas perdebatan yang panjang, dia mengambil wang berkenaan.

@one_way1720

Transportasi Lokal Berulah di bali #gojek #grab #bali #wisatabali #indonesia

♬ suara asli – enzo – enzo

Suspek akhirnya ditahan 

Disebabkan video berkenaan viral, pihak polis di daerah Kuta Utara telah tiba di tempat kejadian dan berjaya menahan suspek.

Suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Kuta Utara untuk memberi keterangan lanjut dan sehingga kini katanya suspek masih berada di balai polis berkenaan untuk pemeriksaan lanjut.

64927b62a338a

Rata-rata netizen yang melihat video berkenaan meluahkan rasa bimbang akan keselamatan mereka ketika bercuti di Bali dan berharap perkara seperti ini tidak lagi berulang.

takuttt bali

Kalau perkara macam ni berterusan, takutlah orang nak bercuti ke Bali. 

Baca: Lelaki Tiba-tiba ‘Mengamuk’ Di Restoran, Baling Makanan & Minuman Sampai Kena Budak 4 Tahun

amuk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.