in

Jadi Mangsa Buli Siber, Petinju Algeria Saman Elon Musk, J.K Rowling & Beberapa Tokoh Lain

Ft Imane Khelif

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun sukan Olimpik 2024 sudah berakhir, beberapa kontroversi yang berlaku sepanjang edisi tahun ini masih menjadi bualan ramai dan terbaharu, melibatkan pemenang pingat emas sukan tinju wanita Algeria, Imane Khelif.

Semasa Sukan Olimpik Paris 2024, Imane Khelif yang menyertai acara tinju wanita 66kg menerima kecaman hebat selepas dituduh sebagai seorang lelaki oleh lawannya.


Menurut Daily Mail, petinju berkenaan telah memfailkan tuntutan saman kepada pihak berkuasa Perancis berhubung dakwaan ‘tindakan gangguan siber yang teruk.’

Epreuve Boxe Jeux Olympiques 2024 Arena Paris Nord Villepinte Fr93 2024 08 01 87

Peguam Khelif, Nabil Boudi mengesahkan perkara tersebut dan tuntutan yang dihantar ke pusat anti-kebencian dalam talian pejabat pendakwa raya Perancis tersebut dan menamakan dua individu iaitu Elon Musk dan juga penulis yang terkenal dengan siri Harry Potter, J.K Rowling.

Menurut ciapan Nabil Boudi, selain Musk dan Rowling, seorang lagi tokoh yang terlibat dalam tuntutan yang dibuat Khelif ialah Donald Trump kerana beliau telah memuat naik satu hantaran di akaun X miliknya mengenai petinju Algeria tersebut.

88074379 13740767 Image A 1 1723597140274 Ezgif.com Avif To Jpg Converter

Terdahulu, dalam satu hantaran di X, Rowling telah kongsikan gambar perlawanan antara Khelif dan atlet Itali, Angela Carini dan mendakwa Khelif sebagai seorang lelaki dan sedang ”menikmati kesusahan seorang wanita yang baru sahaja ditumbuk di kepala.’

Sementara itu, Musk pula telah kongsi semula hantaran perenang Riley Gaines dengan ulasan yang mengatakan lelaki tidak mempunyai tempat dalam sukan wanita.

Artikel berkaitan : Pernah Cetus Kontroversi Isu Gender Di Olimpik Paris 2024, Imane Khelif Tampil Menang Pingat Emas

Artikel berkaitan : Bimbang Hidung Patah, Petinju Wanita Itali Tarik Diri Lepas 46 Saat Bertarung Dengan Lawan Didakwa ‘Lelaki’

Terdahulu, Imane Khelif menerima kecaman, cacian dan menjadi mangsa buli siber setelah lawannya dari Itali menarik diri selepas hanya 46 saat dalam pertarungan mereka dan tidak mahu bersalam dengan Khelif selepas dia diumumkan selaku pemenang.

Pun begitu, pegawai Olimpik kekal dengan keputusan mereka membenarkan Khelif dan seorang lagi petinju dari Taiwan untuk bertanding selepas kedua-duanya hilang kelayakan bertanding di kejohanan dunia pada tahun 2023.

Sumber : Daily Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.